40 Minggu

Cara Urus & Simpan Susu Perahan Ibu, Jangan Salah Langkah!

12
SHARES

Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi dan buat ibu di luar sana pastikan cara penyimpanan susu tidak diambil ringan. Ini kerana susu ibu bersifat sensitif dan perlu pengurusan yang rapi sebelum, semasa dan selepas menyusu.

Bagi yang bercadang untuk menyusukan bayi secara eksklusif, ketahui cara penyimpanan susu yang betul. Ini kerana cara penyimpanan yang salah akan membuatkan susu rosak. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: 5 Tips Ibu Boleh Amalkan Untuk Banyakkan Susu Badan, Paling Menjadi!

CARA URUS & SIMPAN SUSU PERAHAN IBU, JANGAN SALAH LANGKAH

SUSU

Saya nak share tentang cara penyimpanan EBM. Ibu-Ibu boleh mulakan kumpul EBM dari dalam pantang lagi. Khas nya buat ibu-ibu yang berkerjaya, stok EBM mesti mencukupi untuk diserahkan pada pengasuh pada setiap pagi.

CARA MENGEPAM SUSU DI RUMAH 

– Bila di rumah kalau ikut cara saya sendiri, setiap kali lepas pump. Saya akan biarkan suhu susu berubah menjadi suhu bilik dulu. Sebab badan kita panas, suhu susu yang baru keluar badan sedikit berbeza dengan suhu bilik.

– Biar sekejap sebelum masuk dalam peti ais. Sebab susu tu lepas pam suhu dia suam-suam kuku. Letakkan tarikh dan masa kat botol storage tu.

– Jangan bekukan dulu, simpan dalam chiller dulu. Sebab nanti mahu campurkan dengan susu yang next pumping. Bila nak campur susu tu pula,saya simpan dalam botol asing-asing dulu. Masuk dalam chiller tu juga untuk samakan dulu suhu susu. Kemudian baru campurkan dengan susu yang sebelum tu punya.

– Pada malamnya sebelum masuk tidur , barulah uruskan susu perahan dari siang tadi untuk di bekukan, untuk dijadikan stok. Saya lebih suka guna liner sebab boleh jimat ruang dalam freezer, kalau botol pula nanti makan ruang.

– Tapi ikutlah keselesaan masing-masing lah ya. Ada juga suka pakai botol sebab senang, lepas perah je terus masuk frezeer then nampak kemas juga.

CARA MENGEPAM SUSU DI PEJABAT

– Kalau di pejabat pula, ibu-ibu boleh bawa cooler bag, breastpump dan 4 biji botol untuk sesi memerah dan menyimpan susu. Fungsi cooler bag ni seperti peti sejuk juga, kelebihannya boleh kita bawa ke mana saja.

– Jika di opis ada peti ais, bolehlah tumpang dulu di peti ais pejabat, tapi sila labelkan ya, sebab takut ada terguna bancuh air panas pula. Jadi ibu-ibu boleh buat benda yang sama macam dekat rumah.

– Cuma jangan bekukan, bila sudah beku kita kena kekalkan susu itu beku sepanjang perjalanan balik ke rumah. Sebab bila sudah cair, susu tu tak boleh di bekukan lagi ya, kena gunakan dalam tempoh 24 jam.

– Biarkan sejuk saja di chiller. Bila nak balik petang baru bawa balik pakai cooler bag, so suhu susu masih boleh dikekalkan.

Kadar / Tempoh Ketahanan Susu Ibu 

cara banyakkan susu

1. SUHU BILIK

– Bilik tiada aircond (suhu antara 25C – 37C) – tidak lebih 4 jam.

– Bilik ada aircond (suhu antara 15C – 25C) – antara 6-8 jam, dimana suhu perlu stabil, maksudnya aircond sentiasa ‘on’ sepanjang masa.

2. DALAM FRIDGE/FREEZER

– Cooler bag/box – tahan antara 12 – 24 jam.

– Peti sejuk 2 pintu – bahagian beku (suhu antara -18C > -20C), boleh tahan hingga 3 bulan,

– Bahagian pintu bawah ( suhu antara 0C – 4C), boleh tahan 3-7 hari (sebelum dibekukan) dan 24 jam (selepas dibekukan).

– Peti sejuk 1 pintu – bahagian beku, 2 minggu

– Freezer – tahan antara 6 bulan

TIPS TAMBAHAN CARA PENYIMPANAN YANG BETUL

Simpan dan susun 'breast milk' elok-elok dalam peti sejuk

1. SIMPAN DALAM BEKAS ATAU PLASTIK YANG KECIL 

Sebolehnya, setiap bekas dalam 1-4 Oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu terbazir. Ye lah kadang-kadang bayi ni menyusu sikit je.

Kalau kita bagi banyak terus, Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan mungkin dia tak dapat nak habiskan, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.

2. CATAT TARIKH SETIAP PERAHAN 

Gunakan sticker putih dan catat tarikh perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.

3. CAIRKAN DENGAN PERLAHAN-LAHAN 

Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir. Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).

4. JANGAN CAMPURKAN SUSU PERAHAN SESUKA HATI 

Lega hati ini bila dapat perah susu untuk si manja

Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.

Contoh, Perah waktu pagi dapat 2 Oz, perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.

Contoh 2 ,Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.

5. CARA PANASKAN SUSU PERAHAN 

Simpanan untuk susu perahan sangat penting

Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan bottle susu yang dah cair tadi ke dalam air panas tersebut).

Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur. Ini boleh menghilangkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat.

Mudakan tentang penyusuan ini jika ilmu penyusuan ni kita tahu. Harap tips-tips ni dapat membantu ibu-ibu di luar sana semoga lebih tahu tentang susu perahan ni.

Sumber: Facebook Nuya Cuma

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×