40 Minggu

5 Tips Ibu Boleh Amalkan Untuk Banyakkan Susu Badan, Paling Menjadi!

4
SHARES

CARA BANYAKKAN SUSU BADAN

Impian semua ibu sudah tentunya mahu menyusukan anak masing-masing dengan susu badan namun tidak semua ibu bernasib baik mempunyai susu badan yang banyak.  Sudah tentu perkara sebegini mendatangkan tekanan kepada individu yang bergelar ibu, bukan?

Jangan risau, berikut dikongsikan 5 tips untuk banyakkan susu badan yang boleh anda amalkan. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda mengatasi masalah yang anda hadapi sekarang. Selamat mencuba!

Baca juga: [VIDEO] Jenis Puting Ibu Tidak Menghalang Anak Menyusu, Ibu Jangan Risau…

5 TIPS IBU BOLEH AMALKAN UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN

susu badan

Situasi susu tak cukup boleh menyebabkan ibu stress. Bagaimana ibu boleh menghasilkan susu yang cukup?

1. Pastikan lekapan betul 

Lekapan yang baik boleh mengelakkan puting luka dan bayi dapat minum susu dengan lebih efektif.

2. Kerapkan pengeluaran susu

Penyusuan mengikut konsep ‘supply and demand’. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu akan terhasil.

3. Lakukan urutan payudara

susu badan

Urutan payudara semasa menyusukan anak atau memerah susu boleh menambahkan susu sehingga lebih 40 peratus!

4. Makan dan minum yang cukup

Ibu menyusukan anak membakar sehingga 500 kalori setiap hari. Jadi ibu perlu amalkan makanan sihat dan minum air minimum 8 gelas sehari.

5. Pengambilan galactogogoue

susu badan

Galactogogue adalah makanan yang boleh meningkatkan penghasilan susu. Contohnya adalah oat, sayuran hijau dan kekacang.

Tips tambahan

– Untuk ibu yang memerah susu menggunakan pam, pastikan saiz flange tepat dan cuba mode yang sesuai untuk mendapatkan hasil optimum.

– Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Jika tips di atas masih tidak dapat membantu anda, boleh dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar yang bertauliah. Teruskan mencuba!

Sumber: Twitter Med Tweet MY HQ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×