Antara masalah sering dihadapi oleh para ibu adalah masalah puting payudara yang dikatakan tidak sesuai dan tidak boleh menyusukan anak. Hal ini sudah tentunya merisaukan si ibu kerana beranggapan anak tidak dapat menyusu dengan betul.
Sebenarnya menerusi penjelasan kaunselor penyusuan di laman TikTok, jenis puting ibu tidak menghalang untuk anak menyusu. Ikuti penjelasan dengan lebih lanjut di bawah.
Baca juga: Tak Perlu ‘Berpantang’ 100 Hari Bersama Suami, Ini Kaedah Semula Jadi Merancang Keluarga
JENIS PUTING IBU TIDAK MENGHALANG ANAK MENYUSU, IBU JANGAN RISAU…
Dalam penyusuan susu ibu, baby tidak melekap pada puting ibu tetapi melekap pada aerola. Jadi apa jenis puting sekali pun, anak tetap boleh menyusu. Ibu perlu dapatkan bantuan dari kaunselor penyusuan jika tidak pasti dalam hal ini dan sentiasa membaca agar tidak mendapat infomasi yang tidak tepat.
Tambahnya lagi, semua jenis puting ibu boleh menyusukan anak kerana puting hanya untuk mengeluarkan sesuai tetapi mulut bayi lekap di aerola si ibu.
Jadi, ibu-ibu di luar sana jangan risau dengan keadaan puting kerana ia tidak akan menganggu proses penyusuan anak dan boleh dapatkan nasihat pakar sekiranya risau dan tidak faham.
VIDEO PENUH:
@nursyuhadathobari Dalam penyusuan susu ibu, baby tidak melekap pada puting ibu, tetap melekap pada aerola. Jadi apa jenis puting sekali pun, InsyaAlah anak boleh menyusu. Ibu perlu dapatkan bantuan dari kaunselor penyusuan jika tidak pasti #syudsusu #tipspenyusuan #ilmupenyusuan #learnontiktok #jombelajar #breastfeeding #shouldbeme
♬ suara asli – Langit Musik Indonesia – Langit Musik Indonesia
Sumber: Nur Syuhadathobari