40 Minggu

Tak Perlu ‘Berpantang’ 100 Hari Bersama Suami, Ini Kaedah Semula Jadi Merancang Keluarga

21
SHARES

Biasanya, selepas melahirkan anak pasti akan terfikir mahu merancang keluarga atau menjarakkan kehamilan bagi tujuan kesihatan diri. Pil perancang merupakan antara yang sering menjadi pilihan para ibu untuk mencegah kehamilan tetapi para ibu sebenarnya boleh mencuba kaedah lebih semula jadi iaitu kaedah Lactational Amenorrhea.

Kaedah ini dikenali sebagai penyusuan berterusan dan ianya sudah tentu selamat, bebas, dan berkesan. Jika ibu memilih kaedah Lactitional Amenorrhea untuk merancang keluarga, pastikan 3 syarat utama ini ditepati. Ikuti perkongsian Dr Imelda Balchin dengan lebih mendalam.

Baca juga: Jangan Makan Ubat Ini Tanpa Rujukan Doktor, Boleh Sebabkan Kecacatan Bayi

TAK PERLU ‘BERPANTANG’ 100 HARI BERSAMA SUAMI, INI KAEDAH SEMULA JADI MERANCANG KELUARGA

Selepas bersalin kena pantang 100 hari bersama suami? Itu nasihat dari makcik bawang lah, bukan nasihat pakar-pakar gynae. Dalam Islam hanya perlu berpantang hubungan kelamin selagi darah nifas belum kering.

Darah nifas boleh kering di antara 14 hingga 60 hari. Puratanya ialah lebih kurang 30 hari. Selepas darah nifas dah kering, boleh mandi hadas, dan kemudian ikut suka pasangan suami-isteri masing-masing bila bersedia untuk bersama. 

Dari segi perubatan moden pun selari dengan nasihat yang sama dengan hukum Islam, doktor-doktor pakar gynae dari negara yang bukan Islam pun bagi nasihat elakkan hubungan kelamin sehingga darah nifas kering untuk mencegah jangkitan bakteria kepada ibu-ibu yang baru bersalin. 

Kalau nak menjarakkan kehamilan, gunalah kaedah merancang keluarga yang berkesan, be smart, pergi jumpa doktor di klinik untuk bertanya apakah kaedah yang paling sesuai untuk diri masing-masing.  

Mai nak habaq, kaedah breastfeeding untuk merancang keluarga itu dinamakan kaedah lactational amenorrhoea. Ia berkesan mencegah kehamilan di dalam 98 dari 100 ibu yang menggunakan kaedah ini untuk 6 bulan selepas bersalin. 

ADA 3 SYARAT MESTI DITEPATI UNTUK KAEDAH INI

1. Exclusive breastfeeding. Maknanya, bayi itu minum hanya susu ibu, bukan campur dengan formula, bukan disumbat apa-apa minuman atau makanan lain selain dari susu ibu. Sekiranya bagi bayi minuman dan makanan yang lain dari susu ibu, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak berkesan lagi sebagai kaedah merancang keluarga.

2. Ibu tidak ada haid selepas darah nifas kering. Sekiranya ibu dapat haid selepas darah nifas kering, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak lagi berkesan sebagai kaedah merancang keluarga.

3. Hanya berkesan untuk 6 bulan selepas bersalin sahaja. Sekiranya bayi sudah melebihi 6 bulan, maka kaedah lactational amenorrhoea tidak lagi berkesan sebagai kaedah merancang keluarga.

Ingat tau, lactational amenorrhoea adalah 98% effective sebagai kaedah merancang keluarga hanya jika anda tepati tiga syarat di atas.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.

Sumber: Dr Imelda Balchin, Pakar Obstetrics dan Gynaecology

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×