40 Minggu

Jangan Makan Ubat Ini Tanpa Rujukan Doktor, Boleh Sebabkan Kecacatan Bayi

12
SHARES

Masalah jerawat sering dialami oleh kaum wanita dan itu sudah tentunya membuatkan kaum wanita tidak selesa serta malu untuk bertemu orang. Hal ini menyebabkan mereka bertindak membeli ubat Isotretinoin secara online tanpa merujuk pakar kulit terlebih dahulu.

Seperti perkongsian pakar kulit, Dr Syazween menjelaskan bahawa preskripsi bagi ubat Isotretinoin hanya boleh diberi oleh Pakar Perunding Kulit (Dermatologist). Ini kerana kesan sampingan ubat berkenaan sangat teruk seperti kecacatan kelahiran. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: 10 Perkara Ibu Mengandung Selalu Percaya, Rupanya Mitos Sahaja!

JANGAN MAKAN UBAT INI TANPA RUJUKAN DOKTOR, BOLEH CACATKAN BAYI

Apa benda wajib kena tahu tentang isotretinoin?

Seringkali saya berjumpa dengan pesakit jerawat yang mengambil ubat isotretinoin bukan di bawah pengawasan doktor pakar. Malah ada yang beli sendiri online. Tahukah ada ubat ini boleh menyebabkan kecacatan kekal bayi?

1. Kecacatan bayi ini dipanggil Retinoic Acid Embryopathy. Dianggarkan risiko kecacatan ini berlaku kepada bayi anda, adalah 25 kali ganda lebih tinggi berbanding sekiranya anda tidak mengambil ubat ini semasa mengandung.

2. Antara masalah yang boleh berlaku adalah:

– kurang berat badan

– kepala bayi kecil dari sepatutnya (microcephaly)

– kecacatan otak dan sistem saraf (large ventriculomegaly, thin corpus callosum, elongated midbrain)

– pembentukan jantung dan telinga g tidak normal

– keguguran

3. Kesan ini boleh berlaku jika ubat ini diambil semasa ataupun sebulan sebelum mengandung. Jika ubat ini berhenti sekurang-kurangnya sebulan sebelum mengandung, tiada lagi risiko kesan sampingan ini berlaku kerana ubat ini hanya ada dalam badan manusia selama sebulan sahaja.

4. Sebab itu, sangat dianjurkan, jika hendak mengambil ubat ini, perlu:

– mendapatkan dari pakar kulit sahaja (CPG Malaysia)

– menanda tangani borang persetujuan

– jika sudah berkahwin, dianjurkan mengambil langkah pencegahan hamil yang efektif. Bukan pencegahan sekadar natural ya, perlu seperti pil/cucuk dsb. Seeloknya double contraception seperti pil dan kondom. Teknik pencegahan hamil ini diteruskan selama sebulan selepas ubat berhenti.

– jika mengambil ubat ini dan hendak mengandung, berhenti ubat ini sekurang-kurangnya sebulan. Ada yang mengesyorkan tunggu dua bulan sebelum mula berusaha untuk mengandung, untuk lebih selamat.

– jika termengandung semasa mengambil ubat ini, tolong berhenti dan berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin. Anda mungkin perlu dirujuk kepada pakar O&G untuk pemeriksaan bayi dalam kandungan anda.

– jika ambil ubat ini, jangan kongsi dengan orang lain atau derma darah! Ubat isotretinoin tidak berbahaya semata-mata. Apabila perlu, memang kami doktor kulit akan berikan. Anda sebagai pesakit perlu mengambil effort untuk tahu apa kebaikan dan apa kesan sampingannya ya. Semoga bermanfaat.

Sumber: Twitter Dr Aween Liana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×