Sihat

7 Pilihan Buah Untuk Pesakit Kencing Manis, Kurang Kandungan Gula Tapi Manis Di Tekak

15
SHARES
menu pesakit kencing manis

Menjadi pesakit kencing manis kadang-kadang membuat anda rasa stres kerana perlu mengambil berat dan ‘pantang’ sesetengah jenis makanan. Khususnya makanan yang tinggi dalam kandungan gula, jenis buah juga perlu dipantau dalam menu pesakit kencing manis supaya tidak ‘terlajak’ dos gula.

Penting untuk mengamalkan buah dalam menu seharian, berikut merupakan antara 7 jenis buah yang boleh diambil kerana kurang kandungan gula di dalamnya.

Baca juga: Cara Buat Stok Air Barli Homemade Untuk Cuci Kencing Kotor, Tambah 4 Bahan INI

7 JENIS BUAH BOLEH TAMBAH DALAM MENU PESAKIT KENCING MANIS

1.Tembikai

menu pesakit kencing manis

Siapa sahaja yang tidak menggemari buah tembikai? Tembikai merupakan salah satu jenis buah yang sangat menyegarkan. Walaupun rasanya manis, buah ini sebenarnya mempunyai kandungan gula yang rendah. Dalam 150 gram tembikai yang dipotong biasanya hanya mengandungi 10 gram gula.

2.Strawberi

menu pesakit kencing manis

Walaupun ramai yang selalu mengatakan buah strawberi masam, namun ada yang manis kalau pilih dengan betul! Kandungan gula dalam strawberi sebenarnya cenderung lebih rendah berbanding buah lain. 100 gram strawberi mengandungi sekitar 7 gram gula. Selain itu, strawberi juga kaya dengan vitamin C yang diperlukan untuk sistem imun yang kuat.

3.Tembikai susu atau Cantaloupe

Tembikai susu mempunyai banyak jenis dan salah satunya adalah Cantaloupe. Buah ini mengandungi tahap vitamin A yang tinggi. Buah ini juga rendah kandungan gula kerana setiap 170 gram cantaloupe biasanya mengandungi kurang daripada 13 gram gula sahaja.

4.Epal

Benarlah kata doktor bahawa sebiji epal sehari boleh membantu anda mengelakkan penyakit. Memetik Everyday Health, epal bersaiz sederhana adalah pilihan buah yang sangat baik untuk pesakit kencing manis. Sebiji epal hanya mengandungi kira-kira 95 kalori dan 25 gram karbohidrat. Selain itu, epal juga kaya dengan serat dan vitamin C dan sesuai dimakan oleh sesiapa sahaja.

5.Avokado

Enaknya bila dijadikan jus bukan? Avokado adalah salah satu buah kegemaran ramai orang. Buah ini juga mempunyai rasa yang tidak terlalu manis dan berlemak. Sememangnya, buah ini rendah kandungan gula kerana sebiji avokado mentah hanya mengandungi kira-kira 1 gram gula. Selain itu, avokado juga kaya dengan lemak sihat yang penting untuk kesihatan.

6.Oren

Mempunyai rasa yang masam, sudah semestinya buah oren ini sesuai diambil oleh pesakit kencing manis. Buah oren sangat popular dan kaya dengan vitamin C. Selain itu, buah oren juga rendah karbohidrat dan kalori. Sebiji oren bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 16 gram karbohidrat dan 65 kalori. Selain itu, buah sitrus juga mengandungi potassium yang boleh membantu mengawal tekanan darah.

7.Kiwi

Walaupun harganya sedikit mahal sama seperti strawberi, kiwi juga kaya dengan vitamin C. Ini bermakna buah ini juga sesuai untuk mengekalkan sistem imun yang kuat. Selain itu, kiwi juga rendah kandungan gula dan hanya mengandungi kira-kira 6.7 gram gula.

*Jaga kandungan gula dalam badan ya jangan makan manis-manis. Manis dalam senyuman sahaja boleh! 

Baca juga: Amal Minum Pati Lemon Ini Selama 100 Hari, Kulit Bebas Cela & Angin Dalam Badan ‘Lari’!

Sumber: CNN Indonesia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×