Sihat

Rupanya Ini Manfaat Bila Anda STOP Makan Roti Selama 14 Hari, Sakit Kepala Semua Hilang!

40
SHARES
jenis roti

“Banyaknya jenis roti ni tapi ada orang cakap lagi bagus kalau tak makan roti?”

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang mengambil roti sebagai menu sarapan atau ketika ‘bajet’ hujung bulan. Namun ada juga yang makan roti sahaja untuk tujuan menguruskan badan. Menjadi ke?

Rupanya, menurut penjelasan dari Doktor Yusof menerusi laman Tiktok, beliau menjelaskan beberapa manfaat yang anda boleh perolehi sekiranya STOP makan roti dalam tempoh 14 hari. Baru tahu!

Baca juga: Dapatkan Kulit Cantik & ‘Poreless’ Macam Artis Korea Dengan Minum Barley Tea, Jom Cuba!

TAK KISAH JENIS ROTI TAPI ADA MANFAAT BILA ANDA STOP MAKAN ROTI

jenis roti

Berbeza dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, roti putih yang terdapat di pasaran juga mempunyai tahap karbohidrat yang tinggi setelah diproses dan ditapis. Ini yang menjadikannya sangat cepat dan mudah dihadam, tetapi ia tidak begitu berkhasiat.

1.Perut dah tak kembung

Roti ini akan menghasilkan inflammation dekat bahagian usus dan menyebabkan perut kembung.

2.Sakit kepala hilang

Roti menyebabkan brain fog dan bila tak makan roti dalam tempoh selepas 14 hari, sakit kepala pun hilang.

3.Penyerapan zink kalsium ferum

Makin tinggi pengambilan roti, makin lambat penyerapan kalsium, zink dan juga ferum. Apabila penyerapan khasiat berlaku lambat, maka ini akan menjadikan kulit anda tidak berseri-seri.

4.Berat badan turun

Penyelidik mendapati bahawa makan dua keping roti putih (120 gram) setiap hari meningkatkan risiko obesiti sebanyak 40%.

5.Risiko kencing manis menurun

Mungkin ramai penghidap kencing manis perlu elak mengambil roti sebagai makanan untuk mengenyangkan perut. Hal ini kerana, kandungan gula dalam roti pun banyak juga tau!

6.Mood akan jadi baik

Tenaga lebih banyak dan anda akan makin fokus. Karbohidrat biasanya dikaitkan dengan membekalkan kita dengan tenaga. Walau bagaimanapun, apabila bercakap tentang karbohidrat yang diproses seperti roti, ia mempunyai kesan sebaliknya!

jenis roti

*Patutlah tak kurus-kurus walaupun makan roti, rupanya sama je..

Sumber: Tiktok Dr.Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×