Cantik

Dapatkan Kulit Cantik & ‘Poreless’ Macam Artis Korea Dengan Minum Barley Tea, Jom Cuba!

7
SHARES
khasiat barley tea

Pengambilan minuman berasaskan teh merupakan kegemaran bagi penduduk negara Korea Selatan. Namun, pengambilan teh ini setiap hari bukan hanya semata-mata untuk kesedapan tekak apabila cuaca sejuk, tetapi ianya merupakan rahsia kepada kulit yang cantik. Salah satu jenis teh yang menjadi kegemaran mereka adalah barley tea. Banyak ya khasiat barley tea ini!

Tidak hairanlah barley tea ini akan diminum setiap hari supaya menjadi salah satu ramuan rahsia kepada kulit yang halus, mulus serta ‘poreless’! Jadi, apa kata kita cuba juga amalkan meminum barley tea ini dan cara-cara untuk membuatnya dikongsikan oleh Dr.Rizal Abu Bakar.

Baca juga: Cara Dapatkan Kulit Cantik Dengan Menggunakan Asam Jawa, Petua Mujarab Orang Dulu-Dulu

KHASIAT BARLEY TEA, BOLEH DAPATKAN KULIS HALUS DAN ‘PORELESS’

khasiat barley tea

Yang mana idamkan kulit poreless macam artis selebriti dari negara kimchi. Boleh amal barley tea. Ini ‘secret ingredient’ mereka untuk kulit halus mulus bebas jerawat.

Bukan setakat kulit cantik tapi bantu menyihatkan tubuh badan. Barley tea ni guna barli yang dipanggang. Secawan barley tea boleh bantu untuk:

1. Fiber elak sembelit, kembung & loya.

2. Kawal & lancarkan pengaliran darah.

3. Rendah kalori untuk turunkan berat.

4. Trytophan & melatonin untuk tidur lena.

5. Bebas kafein untuk kualiti tidur.

6. Antiradang cegah sakit sendi/arthritis.

7. Legakan sakit tekak, gejala flu & demam.

8. Mencuci darah & kawal gula darah.

9. Legakan simptom menstrual wanita.

10. Antibakteria cegah kerosakan gigi.

11. Kurangkan penghasilan pigmentasi kulit.

12. Elok untuk ibu mengandung.

Ini cara mudah buat barley tea. Bahan-bahan:

khasiat barley tea

-3 sudu barli panggang

-4 cawan air

-1 sudu madu

1. Rebus barli dalam air selama 15 minit guna api sederhana.

2.Sejukkan. Boleh tambah madu. Kacau dan minum.

*Selamat mencuba!

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×