Sihat

5 Jenis Makanan Kegemaran Anda Ini Pencetus Anxiety, Patutlah Resah Gelisah!

3
SHARES
Tanda Anxiety

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar bahawa diri mereka mempunyai masalah anxiety. Rasa berdebar-debar dan berpeluh secara tiba-tiba merupakan antara tanda anxiety yang anda kena perhatikan. Namun, dari manakah punca berlakunya anxiety secara tiba-tiba ini?

Rupanya, cara pemakanan yang salah pun boleh menjadi pencetus kepada anxiety yang berlaku kepada anda. Bahkan, kalau tidak dijaga cara pemakanan ini, masalah anxiety anda akan semakin buruk dari hari ke hari. Risau!

Baca juga: Tanda-Tanda Anxiety Yang Anda Tak Sedar, Rupanya Tak Reply Whatsapp Pun…

5 JENIS MAKANAN BOLEH CETUS TANDA ANXIETY!

tanda anxiety

‘Anxiety’ atau kegelisahan yang melampau adalah gangguan mental yang paling biasa & menjejaskan hampir 30% orang dewasa pada satu ketika dalam hidup mereka.

Sebenarnya ada makanan yang menjadi pantang larang anxiety & perlu dielak oleh pesakit!

1. KAFEIN

Kopi merupakan sejenis stimulan. Malah, bagi penghidap anxiety, kopi mungkin mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Walaupun kopi merupakan minuman yang selamat jika diambil dalam dos yang rendah, namun ..kajian menunjukkan minuman ini boleh membuatkan keresahan menjadi semakin serius dan boleh menyebabkan serangan panik!

2. GULA

Menurut sebuah kajian yg dimuatkan di dalam The American Journal of Clinical Nutrition, peningkatan pengambilan gula dalam diet harian didapati dapat meningkatkan risiko depresi.

Makanan yang manis akan meningkatkan kadar gula dalam darah. Akibatnya, anda akan jadi makin resah!

3. MAKANAN SEGERA ATAU DAGING DIPROSES

Daging yang diproses & makanan segera seperti pizza, sosej, kentang goreng, gula-gula & makanan bergoreng merupakan antara punca inflamasi.

Jika diambil terlalu banyak, ia boleh menyebabkan kegelisahan & membuatkan mood anda terganggu.

4. MINUMAN BERALKOHOL

Menurut pakar, minuman ini mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan. Selain itu, ia akan menyebabkan dehidrasi dan akan mencetuskan pelbagai simptom kegelisahan.

5. UBAT – UBATAN TERTENTU

Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang mempunyai kesan sampingan tertentu. Malah, ada antaranya yang akan mencetuskan simptom kegelisahan atau serangan panik.

Antara ubat yang mempunyai kesan sampingan sebegini ialah ubat-ubatan tiroid dan asma. Jika anda mengambil ubat untuk merawat kegelisahan contohnya benzodiazepines, pastikan anda mengambilnya mengikut arahan doktor.

tanda anxiety

Jangan berhenti secara tiba-tiba kerana ia hanya akan menyebabkan keresahan anda menjadi semakin serius !

Sumber: Twitter @DrSamhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×