Keadaan cuaca yang tidak menentu sekejap panas, sekejap hujan membuatkan suhu badan menjadi tidak stabil. Inilah masanya ramai dalam kalangan kita khususnya anak-anak usia 2 tahun ke bawah yang masih lemah imunisasi mengalami sakit demam, batuk dan selesema. Namun, penting untuk mak ayah peka bahawa terdapat beberapa jenis ubat selesema dan batuk yang tidak sesuai untuk anak umur sebegini.
Jadi, berikut merupan beberapa bahan kandungan yang anda perlu elakkan pengambilan bagi anak usia 2 tahun ke bawah kerana boleh menjadi punca sawan! Bahaya dan tidak boleh dipandang ringan ya!
Baca juga: Budak Usia 12 Tahun Mangsa Terbaharu Strok Haba, Alami Kekejangan & Demam Tak Berpeluh
UBAT SELESEMA DAN BATUK YANG TAK SESUAI UNTUK ANAK USIA BAWAH 2 TAHUN
Waspada, ubat dan produk TIDAK SESUAl untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah. Pemberian ubat selsema atau batuk ada yang boleh menyebabkan risiko:
– Sawan
– Jantung berdegup kencang
– Kematian
– Kegagalan sistem pernafasan
Bukan itu sahaja, anda perlu berhati-hati dalam pemberian produk krim/sapuan yang mengandungi camphor pun boleh menyebabkan risiko sawan.
1.UBAT BATUK DAN SELESEMA
Berikut merupakan jenis ubat batuk dan selesema yang boleh menyebabkan kegagalan sistem pernafasan. Bila beli ubat di farmasi, pastikan anda lihat kandungan supaya tiada bahan-bahan di bawah:
-Chlorpheniramine Maleate
-Loratadine
-Promethazine
-Triprolidine + Pseudoephedrine
-Uphadyl
-Ephedrine
2.MENGANDUNGI CAMPHOR/ KAPUR BARUS
Ini pula antara produk yang mempunyai kandungan kapur barus, tidak sesuai untuk anak usia 2 tahun ke bawah. Kalau orang dewasa nak gunakan tidak menjadi masalah.
-Vaporub
-Tiger Balm
-Metholatum Ointment
-Minyak Angin Cap Lang
-Minyak Cap Kapak
-YokoYoko
-Salonpas
-Nutmeg Balm
-Axe Brand Inhaler
-Antipain Ointment
-Minyak Angin Safe Care
3.RAWATAN BATUK & SELESEMA SELAMAT UNTUK KANAK-KANAK BAWAH USIA 2 TAHUN
Berikut adalah beberapa rawatan yang selamat untuk kanak kanak dan bayi. Kebanyakan gejala akan reda dalam 5 hari ke 2 minggu.
-Gunakan pelembap udara
-Semburan atau titisan normal saline
-Minum air yang cukup
-Penyedut hingus
*Mudah sahaja bukan? Jangan berani-berani cuba ubat yang kita pun tidak kenalpasti supaya tidak memudaratkan kesihatan anak-anak. Bahaya kalau tersilap makan tu!
Sumber: Public Health