Asuh

Apa Punca Anak Kena Sawan? Macam Mana Nak ‘Handle’?

40
SHARES

“Anak kena sawan. Macam mana ni…”

Kebanyakkan sawan sering berlaku dalam kalangan bayi berusia tiga bulan hingga enam tahun. Sebagai ibu bapa perasaan panik dan cemas tatkala anak tersayang diserang sawan pasti akan berlaku terutama jika si ibu dan ayah tidak mempunyai pengalaman dan pertama kali berlaku.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Doktor Samhan berkongsi langkah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sekiranya anak diserang sawan. Jangan sesekali masukkan sudu ke dalam mulut. Bahaya!

Baca juga: Anak Tantrum Sampai Guling-Guling Sebenarnya Cara Untuk Komunikasi, Ibu Ayah Jangan Marah!

APA PUNCA KANAK-KANAK KENA SAWAN?

1. Bagi kanak-kanak, kebanyakan sawan berlaku disebabkan suhu badan terlalu tinggi (38 celcius) dan keatas ataupun suhu naik mendadak. Dipanggil ‘febrile fit’

2. Usia yang paling lazim bagi mengalami gejala ini adalah di antara umur 6 bulan hingga 5 tahun.

3. Bagi mengelakkan atau menghentikan sawan ini adalah dengan mengawal suhu badan semasa demam supaya tidak tinggi. Ubat seperti paracetamol menurunkan suhu badan. Dalam keadaan bayi tidak dapat menelan, ubat ini juga diberi melalui dubur.

4. Bagi bayi yang kerap mengalami sawan, doktor biasanya akan membekalkan ubat sawan yang boleh diberi melalui dubur. Jika ada, ubat ini boleh diberi semasa bayi sawan.

5. Kajian menunjukkan pengambilan vaksin seperti Mumps-Measles-Rubella yang diberikan secara berjadual dapat mengurangkan risiko mengalami ‘febrile fit’.

MACAM MANA NAK HANDLE ANAK KENA SAWAN?

1. Jangan panik. Jauhkan bayi dari apa-apa benda berbahaya di sebelahnya seperti gunting, air panas dan sebagainya.

2. Pusingkan badan bayi ke kedudukan mengiring (recovery position). Pegang bayi dalam keadaan begini selagi sawan masih berlangsung. Ini mengelakkan bayi dari ‘tersedak’ (cairan susu atau muntah dari perut masuk ke salur pernafasan). Lapkan cairan yang keluar dari mulut.

3. Jangan menghalang gerakan tangan & kaki yang sawan. Pegang dengan lembut untuk kekalkan posisi mengiring. Jangan goncang!

4.Elakkan dari meletakkan sudu dan sebagainya ke dalam mulut. Ini boleh menyebabkan bayi tercekik!

5. Perhatikan ‘pattern’ sawan dan tempoh sawan.

6. Mohon bantuan dari orang berdekatan. Longgarkan dan buka baju sehingga tinggal pampers.

7. Ambilkan tuala dan air suam. Lap ke seluruh badan dan biar air suam ini kering sendiri. (Air suam & bukan air sejuk atau ais kerana suam air mengembangkan salur darah di kulit untuk lebih haba keluar ke kulit).

*Ini akan menyebabkan haba dari badan keluar dengan berkesan dan menurunkan demam. Buka kipas kerana ini membantu air tersejat ke udara dengan lebih pantas.

8. Setelah sawan terhenti, bawa bayi ke Jabatan Kecemasan dengan segera. Jika sawan berterusan, panggil 999 untuk bantuan ambulans.

Sumber: Twitter Dr Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×