Sihat

Buat Air Kembang Semangkuk Rawat Demam & Batuk Anak, Rendam Je Tak Susah!

14
SHARES
kembang semangkuk

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang tahu akan khasiat bunga kembang semangkuk yang sering dijadikan rawatan dalam perubatan tradisional bukan? Ternyata kembang semangkuk ini sangatlah bagus untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuklah yang sering dihidapi oleh kanak-kanak.

Tidak hairanlah mengapa bunga kembang semangkuk ini merupakan bahan wajib ada dalam rumah, tambah pula sekarang merupakan musim penyakit. Mudah sahaja, anda hanya perlu rendam bunga kembang semangkuk ini dalam air dan settle!

CARA BUAT AIR KEMBANG SEMANGKUK, BAGUS UNTUK RAWAT PENYAKIT

kembang semangkuk

Kembang semangkuk kena ada kat rumah selalu. Senang bila anak mula dedar je, terus kita buatkan air kembang semangkuk.
Kembang semangkuk, nama lain dia malva nut. Ada kandungan bassorin, bantu kurangkan radang pada sel badan anak. Menarik kan. Bagus untuk:

– Demam

– Batuk

– Selesema

– Kahak

– Sakit tekak

– Asthma

– Radang sinus

– Radang tonsil

Anak umur berapa boleh minum?

6 bulan dan ke atas. Macam air putih je sebenarnya rasa dia. Macam mana nak buat? Ada 3 cara, ambil 1 – 3 biji kembang semangkuk:

i – Rendam dalam 1 liter air putih 30 minit

ii – Rendam dalam 1 liter air putih semalaman

iii – i – Rendam dalam 250ml air panas 10 minit, kemudian tambahkan sehingga cukup 1 liter air

kembang semangkuk

Cara nak minum?

Minum macam air putih biasa je. Anak dahaga, kita bagi air. Kerapkan bagi air kembang semangkuk bila anak tak sihat, sama macam kita kerap bagi anak air putih. Anak tak suka serdak dan warna coklat tu? Tapis dan campur madu sikit. Tak nampak macam air kosong, tapi air madu. Mungkin anak akan suka.

Boleh makan je jeli kembang semangkuk? Boleh je makan. Berapa lama tahan air ni? Buat untuk 1 hari je dulu, ikut kuantiti air banyak mana anak kita minum.

Boleh simpan dalam peti sejuk? Kalau anak batuk, kahak, selsema, radang sinus, saya tak galakkan ambil air dari peti sejuk atau ais. Boleh simpan dalam peti sejuk, tapi bila anak nak minum, pastikan air di suhu bilik.

Nak beli kat mana? Pasaraya kedai runcit, cari bahagian rempah ratus bijirin.

*Selamat mencuba!

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×