Asuh

Rupanya Ada 2 Jenis Bacaan Suhu Demam, Pakar Kongsi Teknik Turunkan Suhu Tanpa Ubat

21
SHARES
anak demam panas

Situasi apabila anak-anak demam sudah pastinya merunsingkan ibu bapa. Tambah pula kalau suhu badan demam anak tidak mahu turun dan berlanjutan selama beberapa hari, lagi bahaya! Seperti apa yang dilakukan oleh ibu-ibu kita zaman dahulu, teknik jelum kain dalam air sejuk dan letakkan di atas dahi merupakan solusi yang terbaik. Namun, ada teknik yang betul bukan semata-mata biarkan kain basah atas dahi ya!

Berikut merupakan perkongsian pakar tentang tips untuk turunkan suhu demam anak yang terbahagi kepada dia iaitu ‘low grade fever’ dan ‘high grade fever’.

Baca juga: Pakar Kongsi Elak ‘Tepek’ Tuala Basah Atas Kepala Anak Bila Demam, Risiko Sawan! 

BACAAN DEMAM LOW GRADE & HIGH GRADE, INI CARA NAK TURUNKAN SUHU

 

“Tadi saya periksa di rumah, anak saya demam.”

“Oo, berapa bacaan suhu waktu tu?” tanya saya pada ibu tu.

“37°C, semalam pun sama.”

Anak yang demam, ada 2 jenis bacaan suhu badan. Demam yang sedikit atau ‘low grade fever’ tu ialah bacaan suhu badan antara 37.5°C hingga 37.9°C. Demam tinggi atau ‘high grade fever’ pula ialah bacaan suhu badan 38°C dan ke atas. Ia boleh capai hingga lebih dari suhu 41°C. Senjata utama ibu ayah bila anak demam ialah kita jelum anak dengan air.

Cara Nak Turunkan Suhu Badan Anak

1. Guna air suhu bilik sahaja.

2. Basahkan kain atau tuala kecil dengan air tadi dan lap pada badan anak.

3. Kain tu dilap pada bahagian tangan, kaki, badan, kepala termasuk leher dan ketiak sampai kita rasa badan anak makin kurang panas.

4. Kain tu jangan diletak begitu saja pada kepala atau badan anak. Nanti haba tu terperangkap dalam badan anak.

5. Cara yang betul ialah jelum dan angkat kain tu. Biarkan air tu kering atas kulit badan anak. Buat berkali-kali.

6. Kalau guna air sejuk, suhu luaran anak memang boleh turun. Tapi ia tak kurangkan “core body temperature” (suhu dalaman).

7. Disebabkan perubahan suhu luaran badan, otak mula hantar signal ke otot. Budak tu akan mula menggigil, dan ini akan hasilkan lagi banyak haba.

8. Suhu badan anak yang melambung tinggi, boleh menambah risiko terjadinya sawan.

Cara ni taklah 100% sembuhkan demam anak. Ini sekadar 1 cara untuk buat anak kita jadi lebih selesa sementara tunggu dos ubat demam yang seterusnya. Bantu saya kongsikan ilmu ni dengan mak ayah yang lain ya.

Sumber: Twitter @DrRedzaZainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×