Nur

Selit Amalan Doa Sebelum & Selepas Makan Ubat Ini, InsyaAllah Penyakit Cepat Sembuh!

11
SHARES
sembuh penyakit

Apabila jatuh sakit, pengambilan ubat sudah semestinya sangat penting supaya kesakitan yang dialami semakin berkurangan lalu sembuh dalam tempoh yang cepat. Namun, selari dengan pengambilan ubat tersebut untuk sembuh penyakit, ada doa yang anda kena amalkan.

Ramai yang baru tahu bahawa ada doa sebelum dan selepas makan ubat. Bukan sekadar makan ubat semata-mata dan ‘kosong’, apa kata kita mulakan amalan baharu ini supaya pengambilan ubat lebih diberkati dan sihat dengan lebih cepat!

Baca juga: Bulan Rejab Dah Tiba! Ini Cara Berdoa Dari Ustaz Don & Amalan Sunat Untuk Gandakan Pahala

NAK SEMBUH PENYAKIT? AMAL DOA SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN UBAT INI

sembuh penyakit

1.Doa sebelum makan ubat 

Kebiasaanya doktor akan menasihatkan supaya ubat diambil selepas makan. Oleh itu, hendaklah membaca doa ini:-

Hadis dari Muhammad bin Khatib, sabda nabi s.a.w.:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ.

أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبِّ النَّاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِي إِلَّا أَنْتَ. اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَلُكَ الْعَافِيَةَ.

Ertinya:

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”. “Ya Tuhan manusia, hilangkan derita, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh. Tiada Penyembuh Kecuali Engkau”. “Ya Allah, hamba bersungguh memohon kesihatan kepadaMu”. (Riwayat Ahmad dan al-Nasa’i)

2. Doa selepas makan ubat 

Setelah selesai makan ubat, bacalah doa ini. Hadis dari Abi Umamah, sabda nabi s.a.w.:

الْحَمْدُ للهِ الَّذِي كَفَانَا وَارْوَانَا غَيْرَ مَكْفِيٌّ وَلَا مَكْفُورٍ.

Ertinya:

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi kepada kita kecukupan dan kepuasan yang tidak terabai dan tidak tertolak”. (Riwayat Bukhari)

Doa-doa tambahan:

3.Selawat Syifa’

Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad tibbil-qulubi wadawaa-iha, Wa ‘afiyatil abdani wa syifa-iha, wanuu-ril absori wa dhiya-iha, wa ‘ala Aalihi wasohbihi wasallim.

“Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengannya dapat menyembuhkan hati-hati (yang gelisah) dan dapat menyihatkan badan (dari segala penyakit) dan menjadi cahaya kepada pandangan (mata) dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabat Baginda ” .

4.Doa agar dijauhkan penyakit

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُنُونِ وَالْجُذَامِ وَمِنْ سَيِّئِ الأَسْقَامِ

“Allahumma inni a‘udzu bika minal barashi, wal jununi, wal judzami, wa sayyi’il asqami.”

“Ya Allah, bahawasanya aku berlindung dengan Engkau daripada penyakit sopak, gila, kusta dan daripada penyakit yang buruk “

5.Doa kesembuhan Nabi Ayub

رَبِّ أَنِّى مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ

“Robbi annii massaniyadh dhurru wa anta arhamar roohimiin.”

“(Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.” (QS. An-Anbiya:83)​​.

sembuh penyakit

*Sama-sama kita amalkan supaya segala penyakit yang dialami sembuh dengan cepat ya..

Baca juga: Bila Terjaga Tengah Malam, Baca Doa Ini Untuk Hilangkan Rasa Takut & Kekal Tenang..

Sumber: JKN Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×