Sihat

Rawat Gastrik Teruk Guna Air Rebusan 6 Herba Ini, Petua Mak-Mak Mesti Menjadi!

5
SHARES
rawat gastrik

Mengalami sakit perut akibat penyakit gastrik bukanlah sakit yang biasa-biasa. Segala rutin harian serta kerja boleh tertangguh akibat menahan sakit ini. Ternyata pelbagai jenis cara rawat gastrik telah dicuba dari segi perubatan moden dan tradisional, tapi masih tidak menjadi.

Apa kata anda cuba pula resepi air rebusan herba yang dikongsikan ini hasil dari petua ibu yang mengalami masalah gastrik yang teruk. Bukan sahaja untuk gastrik, malah air rebusan herba ini juga dikatakan bagus bagi merawat darah tinggi dan kencing manis.

Baca juga: Hilangkan Batuk Kahak Degil Dengan ‘Sumbat’ 2 Bahan Ini Dalam Stokin, Pakai Semalaman!

RAWAT GASTRIK GUNA AIR REBUSAN HERBA PETUA MAK

rawat gastrik

Bulan lepas, mak gastrik teruk. Selepas beberapa hari, mak cek dengan doctor, b/p mak naik ke 200, tanpa ada simptom-simptom yang biasa pesakit darah tinggi alami. Tak pernah mak macam ni. Dipendekkan cerita lah ya. Kawan baik mak, Cikgu Rohaya ada share dengan mak resepi ni. Katanya baik untuk darah tinggi, kencing manis & gastrik. Mak amalkan, dan dalam beberapa hari saja alhamdulillah ada perbezaan, ada perubahan positif.

Bacaan darah turun, angin dalam dalam badan banyak keluar, tidur nyenyak, sakit ulu hati dan sembelit dah tak ada. Mak pun ada suggest KakMim buat dan minum air ni sebab KakMim ada gastrik yang agak teruk jugak. Ok. KakMim stop kejap minum #PatiHaliaMakMertua yang menjadi amalan itu, lalu KakMim cubalah resepi ni. Result dia, sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan hilang, badan berpeluh dan rasa sihat, yang paling best, lawas. Masuk toilet, duduk je terus poop! Dah lama tak rasa best mem’berry’ sebegitu. Angin dalam perut ni pulak berlumba-lumba nak keluar tak amik no giliran dah. Best.

Anda nak try, sila lah. Kalau was-was, jangan lah ya, ataupun dapatkan nasihat dari doktor dulu. Bila dah amalkan dan badan korang sihat asbab daripada mengamalkan resepi ni, mudah-mudahan pahala mak KakMim dan sahabatnya tu Allah lipat gandakan. Insyaallah, aamin.

Bahan-bahan:

-Kulit kayu manis
-Secubit halba
-Jintan halus
-Jintan kasar
-Beberapa helai daun pandan.
-Dua inci halia

Cara-caranya:

1.Rebus semua bahan.

2.Setelah rebus warna air bertukar merah, tapis semua bahan, ambil airnya sahaja.

3.Tuangkan ke dalam cawan, sedia diminum.

rawat gastrik

*Selamat mencuba!

Baca juga: Petua Turunkan Suhu Demam Tanpa Ubat, Hanya Campur 2 Bahan Dapur Ini & Minum!

Sumber: Nurhamimi Huda binti Harme

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×