Sihat

Risau Badan Tiba-Tiba Rasa Panas Tapi Tak Demam, Ini 7 Penyebabnya!

8
SHARES
badan panas

“Kenapa tiba-tiba badan panas ni? Tadi elok je dekat tempat kerja..”

Mungkin anda pernah mengalami situasi badan panas secara tiba-tiba namun apabila diperiksa oleh doktor, sebenarnya tidak mengalami demam. Bagi menghilangkan rasa tertanya-tanya kenapa badan memberikan reaksi sebegini, berikut merupakan antara 7 tanda suhu badan anda panas secara tiba-tiba.

Baca juga: Gatal-Gatal Pada Kemaluan, Guna 5 Cara Ini Untuk Hilangkan Dengan Cepat!

BADAN PANAS TAPI TAK DEMAM, KENAPA YA?

badan panas

1.Jenis pakaian

Pakaian ketat yang boleh mengehadkan pergerakan atau pakaian berwarna gelap boleh meningkatkan haba badan dan menghalang peredaran udara di sekeliling kulit. Pakaian dari material sintetik juga boleh memerangkap haba dan menghalang penyejatan peluh. Ini boleh menyebabkan badan rasa panas berlebihan dan lebih banyak peluh.

2.Demam Psikogenik

Demam psikogenik ialah keadaan berkaitan tekanan yang boleh menyebabkan peningkatan suhu badan atau menggigil serta gejala seperti demam. Keadaan ini boleh disebabkan oleh peristiwa trauma atau tengah mengalami tekanan.

3.’Heat Exhaustion’

Heat Exhaustion atau keletihan haba berlaku apabila anda kehilangan terlalu banyak air dan garam melalui peluh. Gejalanya mungkin termasuk berpeluh banyak, kulit sejuk dan lembap, loya atau muntah, keletihan atau lemah, sakit kepala, pening, atau kelemahan otot dan kekejangan. Kanak-kanak mungkin berasa sangat letih dan dahaga, apabila kulit sejuk dan lembap.

4.Hamil atau haid

Berasa lebih panas daripada biasa dan lebih banyak berpeluh adalah keadaan yang agak biasa semasa anda hamil. Perubahan hormon yang meningkatkan bekalan darah ke permukaan kulit, bertanggungjawab untuk simptom-simptom ini. Malah, semasa anda sedang mengalami haid pun boleh mengalami situasi seperti ini.

5.Diabetes

Buat anda yang mempunyai penyakit diabetes tahap 1 dan tahap 2 kadangkala boleh membuat anda berasa lebih panas daripada biasa. Terutamanya semasa bulan yang cuacanya lebih panas dan lebih lembap. Jadi, elakkan berada terlalu lama di kawasan luar kerana akan membuatkan anda rasa lebih letih.

6.’Anhidrosis’

Anhidrosis adalah ketidakupayaan badan untuk berpeluh. Gejala boleh menjejaskan bahagian kecil atau besar badan. Anhidrosis mungkin disebabkan oleh keadaan yang mendasari, ubat-ubatan atau kelenjar peluh yang tersumbat atau cedera Jika anda tidak boleh berpeluh—sama ada pada semua atau bahagian besar badan mereka—ini boleh berbahaya. Jika anda mengalami simptom ini, segera berjumpa doktor.

7.’Hipertiroidisme’

Hipertiroidisme berlaku apabila kelenjar tiroid menjadi terlalu aktif dan mengeluarkan terlalu banyak hormon tiroid. Hormon tiroid mempengaruhi cara badan menggunakan tenaga dan sering mengalami intoleransi haba. Antara gejala lain, seperti tangan menggeletar, degupan jantung yang cepat atau tidak teratur, cirit-birit atau kerap membuang air besar, sukar tidur dan keletihan.

badan panas

*Pastikan minum air dengan banyak supaya sentiasa terhidrat ya!

Baca juga: Pakai Bra Ada Dawai Boleh Sebabkan Kanser Payudara? Tunggu..Ini Jawapan Doktor

Sumber: IDNTimes

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×