Sihat

Amal Minum Kiub Limau Kasturi Semasa Berbuka Rawat Badan Lesu, Mesti ‘Berdesup’ Tarawih!

2
SHARES
jus limau kasturi

Buah limau kasturi merupakan antara buah yang sering digunakan dalam perubatan tradisional. Malah khasiatnya dalam membantu merawat penyakit-penyakit medikal pun sudah terbukti, antaranya untuk buang angin dan segarkan tubuh. Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan kiub jus limau kasturi.

Maklumlah, ramai dalam kalangan kita yang menjadi semakin lesu sejurus berbuka puasa dan rasa tak larat nak teruskan tarawih. Jadi, boleh ikut petua yang dikongsikan oleh Dr.Rizal Abu Bakar untuk menyegarkan semula badan supaya anda boleh teruskan ibadah.

Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!

BUAT KIUB JUS LIMAU KASTURI UNTUK SEGARKAN TUBUH

jus limau kasturi

Badan masih lesu dan lapar lepas berbuka? Mata mengantuk sampai kantoi tarawih? Ini tips bantu segarkan kembali tubuh. Apa yang anda boleh lakukan adalah ambil secawan air diletak kiub jus perahan limau kasturi. Caranya pun mudah:

1. Perah limau dalam jug. Masukkan madu. Kacau sebati.

2. Tuang dalam bekas kiub ais. Bekukan dalam freezer.

3. Dekat waktu berbuka, masukkan ketulan ke dalam cawan.

4. Masukkan air panas separuh cawan. Biar ais kiub cair. Minum.

Untuk anda yang ada kolesterol tinggi tu, turunlah sikit. Yang imun lemah tu pun terangkat lah sikit. Yang tersalah makan tu pun terhindar daripada food poisoning.

jus limau kasturi

*Boleh cuba buat siap-siap untuk minum semasa berbuka nanti supaya tak letih beribadah.

Baca juga: Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!

Sumber: Dr.Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×