“Rasa letih sangat badan, waktu rehat nanti kena rehatkan mata dan power nap sekejap dalam 20 minit..”
‘Power nap’ ialah tidur sebentar atau dalam masa yang singkat, biasanya mengambil masa antara 10 hingga 20 minit. Perasan atau tidak, jika anda tidur pada waktu siang yang hanya sementara ini, anda akan merasai rangsangan tenaga yang cepat, lebih fokus dan meningkatkan ‘mood’ positif dalam diri anda? Jadi, jom kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai tidur sementara yang disarankan oleh Rasulullah SAW ini.
Baca juga: Kelebihan Tidur Qailulah, Satu Minit Tidur Sebelum Zohor Seperti 45 Minit Tidur Malam
MANFAAT ‘POWER NAP’, TIDUR QAILULAH YANG DISARANKAN RASULULLAH SAW
Berbanding dengan tidur siang yang lebih lama, ‘power nap’ ini menawarkan kelebihan untuk anda kembali ke aktiviti harian yang lebih cepat dan kurang risiko mengganggu waktu tidur malam. Jadi, tidaklah anda mengalami kesusahan untuk tidur dengan lena pada waktu malam.
Menurut kajian, tempoh yang ideal untuk tidur sebentar pada waktu siang adalah antara 10 hingga 20 minit. Bukan itu sahaja, penting untuk anda tahu bahawa masa terbaik untuk tidur siang adalah semasa penurunan semula jadi irama sirkadian anda, yang berlaku sekitar jam 1 hingga 3 petang.
Namun, elakkan tidur siang ini jika anda mengalami insomnia, cuba mengubah jadual tidur anda, ataupun sudah melebihi jam 3 petang pada hari itu. Untuk proses melelapkan mata yang cepat, cipta persekitaran tidur yang selesa dan gunakan teknik relaksasi.
Apakah Kebaikan Power Nap?
1.Meningkatkan tumpuan: Power nap yang betul dapat membantu meningkatkan kewaspadaan dengan membenarkan otak mengecas semula semasa tempoh rehat yang singkat itu.
2.Bagus untuk otak dan ingatan: Tidur sebentar boleh meningkatkan ingatan jangka pendek maklumat, fakta dan peristiwa. Malah tidur siang sesingkat 6 minit telah dibuktikan dapat meningkatkan ingatan seseorang terhadap senarai perkataan, dan cukup untuk melancarkan penyatuan ingatan ke dalam gerakan.
3.Kawal mood dan tekanan: Tidur sebentar ini didapati memberi kesan positif pada mood dan tahap tekanan individu, mungkin disebabkan oleh pembebasan serotonin semasa tidur.
4.Rangsangan tenaga: Tidur siang selama 10 minit boleh mengurangkan rasa letih dan meningkatkan tenaga.
Berapa Lama dan Berapa Kerap Anda Perlu Tidur?
Adalah dicadangkan oleh pakar bahawa tempoh ideal untuk tidur siang berlegar antara 10-20 minit. Tidur dalam masa lebih pendek daripada 10 minit mungkin memberi beberapa faedah, tetapi secara amnya kurang berkesan berbanding 10 minit dan lebih lama. Cadangan masa terbaik untuk tidur sebentar adalah antara jam 1 hingga 3 petang.
Bilangan kekerapan tidur siang yang boleh anda ambil dalam sehari bergantung pada keperluan individu, corak tidur dan gaya hidup anda. Secara amnya, satu tidur siang sehari dianggap mencukupi untuk kebanyakan orang untuk mengisi semula dan mengelak daripada mengganggu irama sirkadian dan mengganggu tidur malam.
Mungkin ramai dalam kalangan anda yang risau untuk ambil power nap kerana takut terlajak waktu bukan? Jangan risau, untuk tidur lena tanpa tidur berlebihan, tetapkan penggera selama 10-20 minit. Cari persekitaran yang selesa, gelap dan tenang, dan pertimbangkan untuk menggunakan teknik relaksasi untuk tidur dengan lebih cepat.
*Tidur sebentar ini juga turut dipraktikkan oleh pekerja di Jepun apabila mereka mengambil tempoh 20 minit untuk berehat dan ‘mengecaj’ semula tenaga.
Baca juga: Makan Buah Anggur Yang Ada Biji Lagi Bagus Dari ‘Seedless’, Jangan Diludah Buang!
Sumber: Rise Science
Foto: Freepik