Memiliki hati tenang dan kehidupan yang aman harmoni adalah perkara yang sukar untuk dikecapi namun menjadi idaman setiap insan. Terutamanya dalam kalangan wanita yang sifatnya penuh dengan emosi, perasaan ingin berubah dan tidak mahu terlibat dalam hal-hal remeh yang negatif dalam pergaulan seharian seperti bergosip adalah sangat sukar!
Pantang diajak bersembang dan menyebarkan hal orang lain, mesti akan ditinggalkan semua kerja utama semata-mata untuk pergi menjadi ‘makcik bawang’. Wahai wanita sekalian, jika anda tinggalkan semua yang buruk itu dan menjadi wanita dalam 10 kategori ini, maka makin tinggi darjat anda.
Baca juga: Aik, Kenapa Keluar Darah Walaupun Tak Haid? Rupanya Ini Punca Anda Alami Pendarahan Vagina
HATI TENANG DAN HIDUP AMAN, JADILAH WANITA DALAM 10 KATEGORI INI…
1. JANGAN CAMPUR HAL ORANG
Wanita sekalian, jadilah wanita yang tidak suka campur hal orang. Kamu tahu atau tidak perkara itu, sebaiknya jangan masuk campur hal orang. Jika tiada kena mengena dengan anda hiraukan sahaja perkara tersebut.
2. JANGAN SEBARKAN
Wanita Sekalian, apabila umur semakin meningkat ini, jadilah wanita yang bukan penyebar/batu api/makcik bawang. Mengetahui cerita panas atau benda yang tidak membuahkan hasil, tidak perlu disebarkan. Jaga mulut jaga batas. A cerita dengan B, B tidak perlu cerita dengan C.
3. JANGAN PEDULI
Wanita sekalian, jangan peduli hal orang, sama ada hal rumah tangga orang, hal kekasih orang, hal keluarga orang, hal peribadi orang. JANGAN PEDULI kecuali orang tersebut minta bantuan.
4. JANGAN REBUT
Wanita sekalian, JANGAN REBUT hak orang. Tidak kisah hak dari segi hidup atau mati, selagi bukan hak anda. Jangan rebut hak orang.
5. JAGA HAL SENDIRI
Wanita sekalian, jagalah hal sendiri, semakin kau tidak kisah pasal orang sekeliling kau, semakin itulah kau ada itu “PEACE OF MIND”, pernah terfikirkah? Semakin kau jaga hal sendiri semakin tu kau rasa tenang. Bawa family jalan-jalan, keluar pergi melancong lagi seronok kan?
6. JAGA MULUT
Wanita sekalian, mulut memang sukar untuk kita kawal, tapi mudah untuk kita diamkan. Pernah dengar “Kerana mulut badan binasa” & “biar pecah di perut jangan pecah di mulut” kan? Jadilah wanita high standard, tidak bercakap pasal orang. Bercakap pasal orang membuktikan anda seorang wanita di tahap rendah. Ingat, bercakap belakang, bermaksud kau ada di belakang orang itu.
7. JAGA KEWANGAN
Wanita sekalian, jadilah wanita yang berduit. Tidak perlu kaya, tidak perlu kepuk-kepuk. Cukup jadi wanita yang boleh sara hidup sendiri. Jangan pernah harapkan duit dari orang lain. Kecuali kau sudah kahwin, yang ini saya tidak mahu sentuh sebab belum kahwin. YANG PENTING SUDAH HUTANG TOLONG BAYAR!
8. JAGA CIRCLE ATAU PERGAULAN
Wanita sekalian, bila meningkat usia ini, jagalah circle kita. Hanya masukkan mereka yang perlu saja dalam kelompok kita. Contoh orang yang perlu maksud saya adalah orang yang berpengetahuan, orang yang berfikiran matang, orang yang tahu batas, orang yang boleh diharap, dan orang yang boleh dipercayai. Berumur tidak semestinya sudah matang dalam pemikiran.
9. SET BATAS
Wanita sekalian, ini adalah paling penting iaitu kita kena tahu batas kita. Batas pertuturan, pergaulan dan batas dalam membantu orang yang tidak menghargai kita. Bukan tidak boleh membantu orang tapi kena utamakan juga kesihatan mental kita. Terlebih tolong kita pula nanti kena buang batu. Faham la kan maksud saya.
10. YA / TIDAK
Wanita sekalian, tidak semua benda kita kena YA kan. Kadang kita juga perlu TIDAK kan beberapa benda dalam kehidupan kita. Antaranya adalah katakan TIDAK pada hubungan yang toksik tidak kisah pasangan, keluarga atau kawan.
*InsyaAllah, hidup anda lebih tenang dan diminati ramai jika menjadi wanita sebegini!
Baca juga: Rasa Berdebar & Kerap Sakit Kepala? Ini Tanda Anda Kena Mandi Air Garam Untuk Aura Positif!
Sumber: Geneviey Recquel Hiew
Foto: Verywell Mind