Sihat

‘Bebaskan’ Diri Anda Dari 5 Jenis Makanan Ini Kalau Tak Mahu Sel Kanser Aktif Dalam Badan

30
SHARES
makanan penyebab kanser

Memang digeruni ramai, penyakit kanser adalah salah satu punca utama kematian di dunia dan menyumbang hampir 16 ribu kematian di Malaysia pada tahun 2018. Namun, diagnosis awal dapat menambah kelangsungan hidup pesakit dengan mengelakkan diri dari sebarang jenis makanan penyebab kanser.

Tanpa kita sedari, makanan seharian amatlah penting bagi menjamin diri ‘bebas’ dari bahan pengaktifan sel kanser. Oleh itu, untuk mengelakkan risiko penyakit meragut nyawa ini, berikut merupakan antara makanan yang anda kena kurangkan pengambilan atau elakkan 100%.

Baca juga: Makin Garu Makin ‘Sedap’, Rupanya Anda Alami Kudis Buta & Puncanya Disebabkan Ini..

JENIS MAKANAN PENYEBAB KANSER, UNDANG RISIKO YANG TINGGI!

1.Daging merah

makanan penyebab kanser

World Health Organization (WHO) mengklasifikasikan daging merah kepada kumpulan 2A, yang bermaksud ia mungkin karsinogenik kepada manusia. Karsinogen ialah sebarang bahan yang boleh menyebabkan kanser. Berikut adalah contoh daging merah:

-Daging lembu
-Daging babi
-Kambing

Bukan itu sahaja, pakar telah menemui bukti kukuh tentang kaitan antara kanser kolorektal dan pengambilan daging merah dalam kuantiti yang banyak. Bukti juga menunjukkan kaitan makanan ini dengan kanser pankreas dan prostat.

2.Daging proses

makanan penyebab kanser

Daging yang diproses adalah daging yang telah diawet oleh pengeluar melalui pengasapan, pengawetan, atau pengasinan. Contohnya termasuk:

-Sosej
-Salami
-Bacon

Sumber WHO menyatakan bahawa terdapat “bukti yang meyakinkan” bahawa daging yang diproses boleh menyebabkan kanser. Menurut ulasan tahun 2019, penggunaan daging yang diproses adalah faktor risiko yang ketara untuk kanser kolorektal. Bahkan, pakar juga mengaitkannya dengan kanser perut dan payudara.

3.Alkohol

Ini sudah semestinya akan memberi kesan yang buruk buat sesiapa sahaja. Pakar mengaitkan alkohol kepada kanser:

-Tekak
-Esofagus
-Payudara
-Hati
-Kolon dan rektum

Risiko kanser alkohol nampaknya bergantung kepada dos yang diambil dalam beberapa jenis kanser. Ini bermakna semakin ramai orang minum, semakin tinggi risiko kanser mereka.

4.Makanan tinggi gula

Makanan yang tinggi dengan gula halus seperti gula-gula, roti putih, pasta dan minuman manis, secara tidak langsung boleh meningkatkan risiko kanser. Bukan itu sahaja, mengambil sejumlah besar gula boleh menyumbang kepada obesiti, diabetes jenis 2, dan keradangan kronik – semua faktor risiko kanser.

5.Ikan masin

Adakah ramai penggemar ikan masin di sini? Ikan masin adalah ikan yang diperam dengan garam malah ada juga yang menggunakan bahan yang lebih popular terdapat dalam diet Asia Tenggara dan Cina. Ikan masin dikategorikan di bawah karsinogen Kumpulan 1 dan ini menjadikannya tidak selamat untuk dimakan. Pakar menyarankan bahawa lebih baik tidak makan apa-apa makanan yang diperam dengan garam kerana kandungan natrium yang tinggi.

Makanan-makanan anti-kanser

Sehingga ke hari ini, tiada makanan atau diet tunggal yang dikatakan boleh mencegah kanser, tetapi mengambil makanan seimbang dan berkhasiat boleh membantu mengurangkan risiko. Orang ramai harus meminimumkan pengambilan daging yang diproses dan merah serta makanan yang tinggi kandungan gula, lemak dan garam. Sebaliknya, mereka harus memasukkan makanan berikut dalam diet mereka:

-Buah-buahan sitrus seperti lemon dan oren

-Sayur-sayuran

-Bijirin penuh

-Protein tanpa lemak seperti ikan dan ayam

-Lemak sihat seperti minyak zaitun dan avokado

-Bawang putih

-Kunyit

*Sama-sama kita berusaha untuk mencegah dan mengurangkan risiko kanser yang boleh membawa maut!

Baca juga: Amalan Doa & Surah Untuk ‘Lawan’ Sel Kanser, InsyaAllah Kita Ikhtiar Cara Tradisional Pula

Sumber: MedicalNewsToday

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×