Sihat

Awas! Tanda-Tanda Awal Kanser Usus, Orang Muda & Kaum Lelaki Harus Lebih Waspada!

44
SHARES
tanda awal kanser usus

Sebut sahaja mengenai penyakit kanser, sudah pasti semua orang akan berasa gerun dan seringkali mendoakan untuk terhindar dari penyakit meragut nyawa ini. Kebiasaannya, orang akan mengambil tahu info mengenai kanser payudara, kanser darah dan kanser serviks namun kurang tahu mengenai kanser usus. Apa tanda awal kanser usus yang anda kena ambil tahu?

Boleh menjadi ‘pembunuh dalam senyap’, berikut merupakan tanda-tanda awal yang anda perlu perhatikan dan dapat rawatan segera supaya tidak merebak menjadi kanser. Bahaya!

Baca juga: Amal Minum Pati Lemon Ini Selama 100 Hari, Kulit Bebas Cela & Angin Dalam Badan ‘Lari’!

APA ITU KANSER KOLOREKTAL? INI TANDA AWAL KANSER USUS

tanda awal kanser usus

Kanser usus ini juga dikenali dengan nama kanser kolon yang menyerang bahagian kolon, usus dan rektum iaitu di bahagian usus besar yang terlibat dalam pencernaan makanan dan pembuangan bahan kumuh. Kebiasaanya, kanser kolon ini bermula sebagai polip, iaitu benjolan kecil pada permukaan dalam usus yang kebanyakannya tidak berbahaya. Tetapi jika dibiarkan, akan membesar dan menjadi kanser.

Menurut Columbia Asia, kanser kolon merupakan antara kanser yang biasa ditemui di Malaysia dan sebanyak 80% kes kanser ini di Malaysia didiagnos dalam kalangan mereka yang berusia 45 tahun ke atas. Namun, pada zaman sekarang, sudah ramai dalam kalangan golongan berusia 30 tahun ke bawah sudah didiagnosis dengan penyakit ini.

Apa yang merisaukan adalah, anda boleh menghidap kanser kolon tanpa mengalami sebarang gejala. Jika anda mempunyai simptom, anda mungkin tidak pasti sama ada perubahan dalam badan anda adalah tanda-tanda kanser kolon. Ini kerana beberapa simptom kanser kolon adalah serupa dengan simptom keadaan yang kurang serius.

1.Darah pada najis anda 

Sila berjumpa dengan doktor  jika anda melihat ada darah di dalam mangkuk tandas selepas anda membuang air besar atau selepas mengelap, atau jika najis anda kelihatan gelap atau merah terang. Penting untuk diingatkan bahawa darah dalam najis juga tidak bermakna anda mempunyai kanser kolon.

2.Perubahan berterusan dalam tabiat usus anda

Jika anda mengalami sembelit dan/atau cirit-birit yang berterusan tanpa henti, sila berjumpa dengan pakar. Ini juga boleh membawa tanda anda mengalami keracunan makanan.

3.Sakit bahagian perut

Banyak perkara boleh menyebabkan sakit perut, tetapi pastikan anda segera berjumpa doktor jika mengalami sakit perut yang luar biasa atau kerap.

4.Muntah-muntah

Jika anda mengalami muntah-muntah yang banyak tanpa sebab yang diketahui dalam tempoh 24 jam, terus berjumpa dengan doktor.

Apa faktor yang menjadi risiko anda terkena kanser kolon? Antaranya adalah pilihan gaya hidup yang tidak sihat seperti:

-Merokok
-Minum minuman beralkohol
-Obesiti
-Terlampau makan banyak daging merah atau daging proses
-Tidur tidak cukup

KANSER INI BAWA MAUT?

tanda awal kanser usus

Ramai juga yang bertanya apakah kadar kelangsungan hidup untuk kanser kolon? Adakah kanser ini membawa maut seperti jenis kanser yang lain?

Data NCI di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa secara keseluruhan, 65% penghidap kanser kolorektal atau kanser kolon masih hidup lima tahun selepas diagnosis. Kadar kelangsungan hidup ialah anggaran berdasarkan pengalaman orang yang menghidap jenis kanser tertentu. Hal ini kerana, ada rawatan yang perlu dijalani walaupun selepas melakukan pembedahan untuk memastikan kanser tersebut tidak berulang.

*Menurut laporan Cleveland Clinic juga mengatakan bahawa kaum lelaki lebih berpotensi untuk menghidap kanser usus berbanding wanita!

Baca juga: Info Lengkap Ciri-Ciri Anda Hadapi Gangguan Mental Pada Peringkat Awal, AWAS!

Sumber: Columbia Asia, Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×