Cantik

Amal Minum Pati Lemon Ini Selama 100 Hari, Kulit Bebas Cela & Angin Dalam Badan ‘Lari’!

37
SHARES
pati lemon

Sebut sahaja mengenai buah lemon, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang sudah mengetahui tentang khasiat buah ini untuk badan. Bukan sahaja untuk mengurangkan tahap kolestrol, malah air pati lemon yang dimasak dengan elok boleh diminum sebagai air detox.

Mudah sahaja, malah anda disarankan untuk mencampurkan air rebusan pati lemon ini bersama halia untuk mengeluarkan angin-angin jahat yang ‘bersarang’ dalam badan dan menjadikan kulit ‘flawless’. Jom kita cuba amal dalam 100 hari!

Baca juga: 10 Cara Mustajab Elak Wajah Cepat Berkedut, Umur Dah 40 Tahun Tapi Kulit Macam 20 Tahun!

CARA BUAT STOK AIR PATI LEMON, UNTUK KULIT FLAWLESS!

pati lemon

Ini merupakan stok pati lemon yang sis buat minggu lepas. Sis jenis yang kena minum green tea, lemon or apa-apa berunsur detox barulah perut rasa lega. Sejenis yang makan salah sikit je terus badan berangin dan kena gastrik.

Saje nak share, mana tau bermanfaat untuk orang lain. Pati lemon ini boleh diminum dan dijadikan sebagai lemon tea, honey lemon tea, detox tea, green lemon tea, ginger lemon tea. Ikut keselesaan dan keperluan masing-masing. Kalau batuk, pati lemon itu campur dengan sesudu madu pun dah ngam! Sedap! Bukan itu sahaja, dapur pun berbau wangi semasa rebus lemon! Best sangat tau.

Bahan-bahan yang diperlukan:

-Lemon 5 biji
-Air 1.5 liter atau boleh agak-agak ikut keperluan.
-Halia (kalau tak mahu letak pun tidak mengapa)

Cara-cara:

1.Masak lemon dalam air hingga air tinggal separuh.

2.Dah pekat dan air makin kering, lemon akan jadi lembut. Boleh makan, tak pahit.

3.Kemudian, untuk anda yang mahu letak halia, boleh potong halia dan masukkan.

4.Boleh juga dicampurkan dengan pati halia, dibancuh bersama madu, cuka epal dan green tea.

pati lemon

*Senang setiap kali nak minum hanya campurkan dengan minuman lain atau minum terus pun boleh!

Baca juga: Cara Buat Air Lemon Madu Homemade, Petua Rawat Batuk Dan Selesema Degil!

Sumber: Eyqa Roslan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×