Dapur

Basahkan Tekak Dengan 5 Resepi Air ‘Confirm’ Terliur Untuk Berbuka Puasa Ini, Nikmatnya…

61
SHARES
resepi air berbuka puasa

Wajib untuk dihidangkan semasa berbuka puasa sudah semestinya air yang sedap-sedap belaka untuk menghilangkan rasa dahaga. Tapi, kadang-kadang kering juga idea air apa yang ingin dibancuh untuk berbuka puasa setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini kan? Jangan risau, anda boleh cuba 5 resepi air berbuka puasa yang disenaraikan di bawah.

Bahan-bahan yang digunakan pun mudah untuk didapati dan paling penting sekali adalah, rasa resepi air yang dikongsikan ini akan menghilangkan kering tekak anda setelah berpuasa. Selamat mencuba!

Baca juga: Basahkan Tekak Dengan Resepi Jus Nanas Tapi Guna Teknik Rebus, Memang Jarang Dibuat!

5 RESEPI AIR BERBUKA PUASA YANG SEDAP!

1.Air Laici Asam Boi & Lemon Soda Serai

resepi air berbuka puasa

Bahan-bahan:

-1 tin laici
-1 batang serai
-Asam Boi
-1 Botol Ice Cream Soda
-2 biji lemon

Campur semua sekali. Siap diminum.

2. Teh Ais Cincau

resepi air berbuka puasa

Bahan-bahan:

-Teh serbuk
-Susu full cream
-Gula (ikut sukatan yang anda nak buat)
-Buah pelaga/kayu manis atau cengkih
-Cincau

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan air dalam periuk. Masukkan semua bahan.
2. Jaga api jangan terlalu besar untuk mengelakkan teh melimpah.
3. Sukatan susu ikut nak kaw macam mana.
4. Bila dah nampak warna teh dah cantik dan rasanya pula dan sedap, bolehlah tutup api.
5. Hidangkan dengan ais batu yang banyak dan masukkan cincau.

3.Air Laici Susu

-1 tin laici
-1 tin susu cair atau susu sejat
-Air gula secukupnya
-1 liter air sejuk
-Ais batu secukupnya

Satukan semua bahan dalam jug. Jika anda suka boleh letakkan sedikit biji selasih dan hidangkan sejuk-sejuk.

4.Air Katira

Bahan-bahan:

-1 tin susu cair
-1 tin susu pekat
-1 penutup botol esen pisang (ikut ukuran penutup botol esen)
-Pewarna hijau
-Gula secukup manis
-Cincau
-Biji selasih (rendam bagi kembang dulu)

Cara-cara:

1.Masukkan susu cair,susu pekat,esen pisang,pewarna,air,ais dan gula.kacau dan masukkan cincau dan selasih.

5.Dragon mix fruit

Bahan bahan:

-Buah naga merah
-Buah mangga masak
-Anggur manis
-Laici tin
-Susu pekat manis
-Air masak
-Ais

Cara-caranya:

1.Potong dadu semua buah.
2.Campurkan semua bahan-bahan dan masukkan ais. Tak perlu diletakkan pewarna sebab warna datang dari buah naga.Siap untuk dihidang.

*Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Simpan Aiskrim Supaya Maintain Beku & Tak Cepat Cair, Senang Bila Ada Makan-Makan..

Sumber: Resepi Enak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×