Dapur

Basahkan Tekak Dengan Resepi Jus Nanas Tapi Guna Teknik Rebus, Memang Jarang Dibuat!

8
SHARES
jus nanas

Nikmatnya rasa tekak apabila dalam keadaan cuaca yang panas, dihidangkan pula dengan air jus buah bukan? Selalunya, orang hidangkan dengan jus tembikai atau oren namun, jarang pula kita dengar orang buat jus nanas. Sedap ke?

Jus nanas selalunya akan dikisar dan dijadikan seperti ‘ice blended’ dan sering dihidangkan di hotel-hotel. Namun, ramai yang tidak pernah mencuba jus nanas yang direbus dan dijadikan minuman. Macam mana nak buat tu? Jom ikut resepi yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: Resepi Kuih Seri Muka Dari Arwah Mak, Tanpa Pewarna & Jadi Lembik-Lembik Sedap!

RESEPI JUS NANAS REBUS YANG MENYEGARKAN, JARANG ORANG BUAT!

jus nanas

Mesti jarang kan dengar air nanas rebus? Selalu kita tahu air jus nenas yang dikisar sahaja. Petang ni cheyah teringin nak minum air nenas style gini. Tambahan ada lebihan suku buah nanas baki buat laksa.

Bahan-bahan:

-1/4 biji nanas dipotong dadu
-1 cawan air
-1/2 cawan gula
-1 helai daun pandan
-Ais secukupnya

jus nanas

Cara penyediannya:

1. Satukan semua bahan-bahan di atas ke dalam kuali, kecuali ais. Panaskan dengan api yang sederhana.

2. Biarkan ia mendidih dan gula larut. Kemudian, agak-agak ia dah sebati baru tutup api.

3. Selepas iti, biarkan ia sejuk sekejap. Boleh ambil ais dan masukkan dalam gelas. Bancuh macam air biasa.

4.Jika terasa manis tu tambah la air masak. Kemudian, boleh hidang minum petang dengan pisang goreng.

*Selamat mencuba!

Baca juga: Tips Beli Ikan Salmon Yang Fresh & Tak Hanyir, Jangan Tersilap Pilih Ikan Trout Ya!

Sumber: Cheyah Saripuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×