Nur

Hukum Beri Air Zam Zam Kepada Orang Bukan Islam, Adakah Ada Larangan Untuk Diminum?

4
SHARES
khasiat air zam zam

Nampaknya sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan orang Islam baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah. Sudah pastinya selain mengerjakan ibadah umrah ziarah ini, tidak ketinggalan untuk dengan mudahnya membasahkan tekak dengan khasiat air zam zam yang sukar untuk dibawa pulang ke kampung halaman.

Walaupun dapat dibawa pulang dalam kuantiti yang tidak banyak, ada juga dalam kalangan kita yang berniat untuk memberikan sedikit air zam zam ini kepada rakan-rakan termasuklah yang bukan Islam. Tapi, boleh atau tidak? Adakah hukumnya hanya orang Islam sahaja yang boleh minum?

Baca juga: Bulan Rejab Dah Tiba! Ini Cara Berdoa Dari Ustaz Don & Amalan Sunat Untuk Gandakan Pahala

KHASIAT AIR ZAM ZAM MEMANG TERBAIK TAPI BOLEH BAGI KEPADA NON-MUSLIM?

khasiat air zam zam

Berikut merupakan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri..

خَيْرُ مَاءٍ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ مَاءُ زَمْزَمَ فِيهِ طَعَامٌ مِنَ الطُّعْمِ وَشِفَاءٌ مِنَ السُّقْمِ

Maksudnya: “Sebaik-baik air di atas muka bumi ialah air zamzam, padanya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar daripada penyakit.”

Riwayat al-Fakihi dalam Akhbar Makkah (1106); al-Tabarani (11167); al-Dhiya’ dalam al-Ahadith al-Mukhtarah (137); Lihat juga Majma‘ al-Zawaid wa Manba‘ al-Fawaid, 3/286; Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, 3/44-45.

Air zamzam merupakan penghulu bagi segala air dan sebaik-baik air di atas muka bumi ini. Zamzam adalah nama bagi sebuah telaga yang berada di dalam Masjidil Haram di Makkah. Kemunculan telaga ini adalah pada zaman Nabi Ismail bin Ibrahim A.S, apabila Allah SWT telah sediakan air dari telaga ini bagi menghilangkan kelaparan dan dahaga buat dirinya dan ibunya, apabila mereka sudah kehabisan bekalan air di Makkah yang tandus pada ketika itu.

Hadith di atas menunjukkan secara umum di mana air zam-zam boleh diminum oleh orang Islam dan kafir. Justeru, tidak menjadi kesalahan jika dihadiahkan kepada jiran kita yang bukan Islam air zam-zam. Hal ini kerana, alasan yang paling kuat di mana ketika pembukaan kota Mekah masih terdapat sebahagian jemaah Quraisy Mekah yang belum memeluk Islam dan tiada sabit menunjukkan bahawa Nabi SAW menghalang mereka dari meminum air zam-zam.

Konklusinya, Mufti nyatakan harus hukumnya memberi minum air zam-zam kepada mereka yang bukan Islam. Hal ini kerana tiada sebarang larangan oleh syarak dalam hal tersebut. Moga dengan perbuatan baik tersebut, sedikit sebanyak menzahirkan akhlak Islam yang baik.

khasiat air zam zam

*Dapat pahala tau!

Baca juga: UAI Cakap Haram Tidur Peluk Teddy Bear, Tapi Mufti Cakap Lain? Baca Dulu Baru Faham..

Sumber: Maktabah AlBakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×