Mendapat ‘jemputan’ dari Allah SWT untuk menunaikan ibadah umrah adalah salah satu nikmat yang sangat indah. Namun, untuk anda menjalani ibadah umrah ini dengan selesa, persediaan yang lengkap perlu dilakukan terlebih dahulu terutamanya wanita. Jadi, berikut merupakan 15 barang keperluan umrah wanita yang wajib dibawa bersama.
Diingatkan juga bahawa ini merupakan barang keperluan asas dan anda boleh tambah barang-barang lain juga jika diperlukan di sana.
Baca juga: Hukum Cium/Pegang Batu Hajar Aswad, Dr. Zulkifli Tegur Untuk Bezakan Perkara Wajib & Sunat
15 BARANG KEPERLUAN UMRAH WANITA YANG ASAS, JANGAN TERTINGGAL
1.Jubah/Jubah Seluar
Boleh bawa 2-3 helai, untuk pakai semasa tawaf atau ke masjid. Disarankan untuk bawa lebih untuk ganti jika terkena kotoran atau peluh.
2.Telekung/ Mini Telekung
Bawa 2-3 helai untuk pakai ketika tawaf atau ke masjid. Disarakan untuk bawa lebih untuk ganti jika terkena kotoran atau peluh.
3.Tudung labuh
Sebaiknya bawa 3-4 helai pun tidak mengapa untuk sentiasa ganti supaya tidak kotor dan kebersihan terjaga.
4.Handsock
Bawa 2-3 pasang untuk kegunaan semasa dalam ihram.
5.Stokin panjang
Bawa 4-5 pasang untuk sentiasa diganti supaya tidak berbau dan terhindar dari kekotoran.
6.Kasut/ Stokin Tawaf
1-2 pasang boleh bawah, kegunaan adalah ketika dalam ihram atau dalam masjid.
7.Seluar panjang
Kegunaan untuk dipakai di bawah jubah atau bawah baju yang labuh.
8. Tudung biasa
Boleh bawa 3-4 helai untuk dipakai kegunaan harian ketika di luar ibadah/ihram.
9.Pakaian biasa
Bawa 2-3 helai, pilih pakaian yang longgar dan selesa.
10.Selipar
Bawa sepasang selipar yang ringan dan selesa untuk berjalan. Lebih elok kalau bertutup.
11.Anak tudung
Boleh bawa 3-4 helai anak tudung untuk memastikan tudung sentiasa kemas dan aurat sentiasa dijaga terutama sekali ketika berada di dalam ihram.
12.Tisu basah dan tisu kering
Dalam 1-2 pek, penting untuk kebersihan diri.
13.Sabun dan syampu
Bawa sabun dan syampu yang tanpa wangian kerana boleh dipakai ketika dalam ihram. Lebih mudah bawa dalam saiz travel.
14.Lipbalm natural
Bawa pelembap bibir yang tanpa wangian kerana boleh dipakai ketika dalam ihram. Ini untuk elakkan bibir kering kerana cuaca yang berbeza.
15.Dokumen penting
-Passport dan visa umrah
-Kad pengenalan
-Wang tunai
-Kad bank
*Selamat menunaikan umrah!
Baca juga: Kronologi Nahas Pelajar UiTM Dungun, Motor Terseret 60 Meter & Pelakunya Didakwa Kurang Siuman
Sumber: Tiktok @albhrmalaysia