Famili

Kronologi Nahas Pelajar UiTM Dungun, Motor Terseret 60 Meter & Pelakunya Didakwa Kurang Siuman

17
SHARES
uitm dungun

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan satu kes nahas jalan raya yang membabitkan tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah setelah dirempuh oleh sebuah kenderaan di jalan berhadapan kampus itu. Lebih menyedihkan adalah pelajar UiTM Dungun ini baru sahaja pulang setelah selesai makan malam…

Berikut merupakan perincian kronologi kepada nahas ini sehingga mendapat tahu bahawa pelakunya adalah kurang siuman.

Baca juga: Perut Kembung & Kerap Sembelit, Kanak-Kanak Usia 19 Bulan Disahkan Derita Kanser Ovari Tahap 3!

KRONOLOGI NAHAS PELAJAR UITM DUNGUN, MOTOR TERSERET 60 METER!

uitm dungun

Foto: Sinar Harian

Kejadiannya berlaku apabila nahas tersebut membabitkan dua motosikal, yang dinaiki penuntut-penuntut tersebut dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu seorang wanita. Laporan awal mendapati nahas itu melibatkan sebuah Honda CRV dan motosikal jenis Yamaha LC135 dan Yamaha Y15 yang ditunggang mangsa berusia lingkungan 20-an.

Kereta itu merempuh kedua-dua motosikal dari arah belakang ketika dalam perjalanan ke universiti. Satu daripada motosikal itu terseret hampir 60m!

UiTM Cawangan Terengganu dalam kenyataan dikeluarkan malam semalam mengesahkan nahas yang berlaku melibatkan empat penuntutnya. Mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada Khairil Anwar Jamaludin, Muhammad Akmal Md Tukirin dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, manakala seorang lagi iaitu Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Dungun.

uitm dungun

Infografik kejadian dari Berita Harian.

Suasana sugul pada pagi Jumaat, 10 Oktober, jenazah Ku Adib Aizad dan dua lagi mangsa, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dan Khairil Anwar Jamaludin, 20, selesai disolatkan pada jam 10.34 pagi di Masjid UiTM Kampus Dungun sebelum dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Lebih menyayat hati apabila ibu bapa kepada salah seorang daripada tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun yang maut akibat kemalangan malam tadi, berpatah balik dari Makkah untuk menunaikan umrah selepas mengetahui kejadian malang menimpa anak sulungnya, Ku Adib Aizad, 20 tahun.

Dilapor ketika kejadian berlaku, Hafizah bersama suaminya Ku Azmi yang juga kakitangan Print Tower Sdn Bhd (PTSB), syarikat di bawah The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), dalam penerbangan ke Makkah untuk menunaikan umrah menerusi Program Umrah dan Ziarah 2024, Media Prima Bhd membabitkan 127 peserta daripada kalangan petugas dan ahli keluarga. Tidak boleh digambarkan betapa pilunya hati ibu dan bapa ini…

WANITA KECELARUAN MENTAL DIREMAN

Wanita didakwa kurang siuman yang direman.

Terbaharu, seorang suri rumah berusia 49 tahun yang dipercayai mengalami kecelaruan mental telah merempuh dua motosikal, mengakibatkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun. Dia kini direman selama empat hari sehingga Ahad ini.

Malah, tular di laman media sosial memaparkan dirinya sedang menyanyi dan menari di luar kenderaan sebelum berlakunya nahas dan dikatakan kerap berlegar di sekitar kawasan tersebut. Namun video tular tersebut perlu diturunkan kerana dianggap sebagai aib dan menjaga privasi.

Manakala status terkini seorang pelajar yang terselamat dalam kemalangan tersebut iaitu Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20, berada dalam keadaan stabil.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM Prof Dr Sazili Shahibi berkata, penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan hanya menerima beberapa jahitan sahaja. Syukur!

*Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa pelajar yang maut dan semoga kes ini dapat pengadilan yang sewajarnya.

Foto: Kementerian Pendidikan Tinggi.

Baca juga: Hukum Letakkan Nama Anak Dengan Nama Malaikat Adalah HARUS, Kecuali 4 Nama INI…

Sumber: Berita Harian, Free Malaysia Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×