Baru-baru ini menjadi perbualan di laman media sosial apabila pelakon wanita, Fatin Afeefa mendedahkan bahawa sudah menerima kelahiran bayi lelaki baharu bernama Muhammad Jibril. Penggunaan nama ini menjadi tanda tanya kerana merupakan nama malaikat.
Lantas, timbul pertikaian antara orang ramai dan Mufti Wilayah Persekutuan pun tampil menjelaskan tentang hukum menggunakan nama malaikat untuk anak-anak. Ini adalah ilmu penting mak ayah kena tahu!
Baca juga: Trend Daftar Nama Anak Tanpa ‘Bin’ Atau ‘Binti’ Katanya Urusan Lagi Mudah…
HUKUM LETAK NAMA MALAIKAT PADA ANAK, MUFTI JAWAB
“Bolehkah kita menamakan anak-anak dengan nama para malaikat, contohnya Jibril, Mikail dan sebagainya?”
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan berdasarkan Imam al-Nawawi, mazhab Syafi’e dan jumhur ulama mengharuskan memberi nama anak dengan nama-nama para anbiya’ dan malaikat, dan tiada larangan yang tersabit daripada Nabi SAW berkenaan perkara ini. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab 8/417)
Imam al-Buhuti daripada mazhab Hanbali juga sependapat dengan mazhab Syafi’e yang menafikan kemakruhan menamakan anak dengan nama malaikat. (Rujuk Kasyaf al-Qina’ 3/27)
Namun terdapat juga para ulama yang memakruhkannya, antaranya ialah Imam Malik yang memakruhkan penggunaan nama Jibril. Imam Ibn al-Qayyim pula memakruhkan penggunaan semua nama malaikat, dengan berdalilkan hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Jarrad R.A:
صحبني رجل من مزينة فَأتى النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَأَنا مَعَه فَقَالَ يَا رَسُول الله ولد لي مَوْلُود فَمَا خير الْأَسْمَاء قَالَ إِن خير الْأَسْمَاء لكم الْحَارِث وَهَمَّام وَنعم الِاسْم عبد الله وَعبد الرَّحْمَن وتسموا بأسماء الْأَنْبِيَاء وَلَا تسموا بأسماء الْمَلَائِكَة قَالَ وباسمك قَالَ وباسمي وَلَا تكنوا بكنيتي
Maksudnya: Seorang lelaki dari Mazinah bersamaku, dan Nabi SAW datang sedang aku bersama rakanku itu, lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW “apakah sebaik-baik nama?” Nabi SAW menjawab “sebaik-baik nama bagi kalian ialah al-Harith dan Hammam, dan dan seelok-elok nama ialah Abdullah dan Abdurrahman. Namakanlah anak-anak dengan nama para anbiyaa’, dan jangan namakan mereka dengan nama para malaikat. Kawanku bertanya lagi “bolehkah kami menggunakan nama kamu (wahai Rasulullah)? Nabi SAW menjawab “ya, kalian boleh menggunakan namaku, namun jangan kamu menggunakan kuniyah aku.”
GUNA NAMA SELAIN MALAIKAT JIBRIL DAN MIKAIL
Jadi, menurut pandangan Mufti, mengambil kira larangan bersifat makruh oleh sebahagian ulama daripada menggunakan nama-nama khusus bagi malaikat seperti Jibril dan Mikail, maka kami juga berpandangan bahawa nama-nama tersebut adalah khusus bagi malaikat dan makruh untuk kita menggunakannya. Lebih-lebih lagi kita dapati tiada dalam kalangan para sahabat R.Anhum yang menggunakan nama tersebut.
Kesimpulannya, jika ingin meletakkan nama anak dengan nama malaikat, gunalah nama-nama seperti Malik, hukumnya adalah jelas akan keharusannya, dan kerana itu kita dapati sekian ramai para ulama yang menggunakan nama tersebut seperti Imam Malik bin Anas dan sebagainya.
Baca juga: Hukum Pengantin Pakai Kuku Palsu Semasa Nikah, Nak Cantik Jangan Sampai Abai Agama!
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan