Asuh

Trend Daftar Nama Anak Tanpa ‘Bin’ Atau ‘Binti’ Katanya Urusan Lagi Mudah…

67
SHARES
daftar nama anak

Menjadi perbualan ramai dalam laman media sosial apabila secara tiba-tiba dan meluas ramai dalam kalangan mak ayah yang sedang melakukan proses daftar nama anak tanpa meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ pada sijil lahir serta MyKid. Perkara ini menimbulkan persoalan ramai dan mereka yang membuang perkataan ‘bin’ dan ‘binti’ ini mengatakan bahawa urusan di luar negara menjadi lebih mudah.

Kenapa pula ramai yang secara mengejut nak ‘hilangkan’ perkataan ‘bin’ atau ‘binti’ ini di nama anak masing-masing ya?

Baca juga: Tiada Lagi Kes Anak Mengamuk Setiap Kali Naik Flight Bila Mak Ayah ‘READY’ Dengan 12 Cara Ini

DAFTAR NAMA ANAK TANPA ‘BIN’ ATAU ‘BINTI’, BOLEH KE?

Hal ini kerana ada yang berkongsikan bahawa urusan formaliti seperti isi borang di lapangan terbang dan pendaftaran sistem di luar negara menjadi sukar kerana mereka hanya ada tempat mengisi nama ‘First Name’ dan ‘Surname’. Malah ada yang mengatakan pernah juga dipanggil sebagai ‘Miss Binti’ oleh orang luar.

“As someone who has lived in germany for 1+ years with terrible bureaucracy, having no bin/binti saves the time and confusion when filling out documents :,) Theres so many times at ausländerbehörde ive been asked which is my first and last name”

daftar nama anak

Merujuk kepada satu laman web AskLegal yang menjawab segala persoalan mengenai undang-undang, mereka boleh rujuk satu kenyataan daripada Kementerian Dalam Negeri pada 2017. Melalui kenyataan tu, dimaklumkan bahawa menambah perkataan a/l dan a/p dalam nama adalah perkara biasa yang dilakukan oleh ibu bapa berbangsa India. Akan tetapi, ia bukanlah kewajiban. Ini bermakna, ibu bapa India boleh memilih sama ada nak letak atau tak mahu letak perkataan itu dalam nama anak mereka di sijil kelahiran.

Bagaimanapun, disebabkan perkara itu menjadi kebiasaan sejak sekian lama, pihak JPN akan dapatkan pengesahan dulu dari ibu bapa sama ada mereka nak gunakannya atau tak. Begitu jugalah kepada masyarakat Melayu-Islam yang mana ibu bapa boleh menggugurkan perkataan bin atau binti pada sijil kelahiran anak mereka. Walaupun begitu, ia taklah berlaku secara automatik, sebabnya masih ada proses memilih.

Bila mana seseorang kanak-kanak Islam itu dilahirkan, ibu bapa akan diberikan draf sijil kelahiran untuk mereka isi. Biasanya, anak tu nanti akan dapat bin/binti dalam sijil. Untuk menggugurkan perkataan itu, ibu bapa kena buat permintaan dengan pendaftar, sekiranya mereka ada sebab yang munasabah untuk berbuat demikian. Ini caranya:

1.Dapatkan surat sumpah: Pergi ke Pesuruhjaya Sumpah untuk buat pengisytiharan yang anda nak perkataan tu digugurkan dari nama sendiri atau nama anak. Anda akan diminta untuk isi borang dan ia akan ditandatangani oleh pesuruhjaya.

2.Pergi ke JPN: Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan JPN terdekat dan kata nak buat Permohonan Pindaan Butiran Kad Pengenalan.

3.Isi borang: Anda nanti akan diberikan borang KP.16. Isi borang tu dan sertakan sekali dokumen-dokumen sokongan seperti surat sumpah tadi. Kena bawa sijil kelahiran, MyKad dan kalau memohon untuk anak, sila bawa MyKad ibu bapa sekali.

4.Jelaskan kenapa: Mereka nanti akan tanya kenapa anda nak buat macam tu, jadinya bagilah penjelasan yang baik dan munasabah.

Tidak ketinggalan, ada juga dalam kalangan pengguna di laman Twitter yang meninggalkan komen tentang cara untuk memudahkan orang ramai mengenai isu ini. Mudah kan?

daftar nama anak

*Ini menjadi pilihan kepada setiap ibu bapa. Mungkin tidak ramai dalam kalangan kita yang mengalami betapa susahnya situasi dan prosedur yang perlu dilalui setiap kali berurusan dengan pihak luar dari Malaysia. Namun, kalau tidak mempunyai apa-apa keperluan untuk membuang ‘bin’ atau ‘binti’, seeloknya dibiarkan sahaja di nama kita yang indah itu supaya lebih mudah untuk kita mengetahui jantina masing-masing. Ramai sahaja yang tinggal di luar negara dari dahulu lagi dan tidak mengatakan apa-apa yang sukar…

Sumber: AskLegal, Twitter @JalalMisai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×