Asuh

Tiada Lagi Kes Anak Mengamuk Setiap Kali Naik Flight Bila Mak Ayah ‘READY’ Dengan 12 Cara Ini

2
SHARES
anak naik flight

Baru-baru ini, menjadi perbualan ramai adalah kisah yang dikongsikan di laman media mengenai kes anak mengamuk ketika memulakan perjalanan dalam kapal terbang. Memang ramai mak ayah yang mempunyai pendapat berbeza mengenai situasi bawa anak naik flight ini kerana sifat anak-anak tidak sama.

Ada yang mengatakan perlu lakukan ini perlu lakukan itu tetapi ada yang tidak menjadi dan anak-anak mengambil keputusan untuk mengamuk dengan teruk! Jadi, seorang ibu berkongsikan 12 tips sebelum memulakan perjalanan bersama anak-anak kecil dengan menggunakan flight atau kapal terbang yang anda boleh cuba. Kalau menjadi, anak-anak pun tak mengamuk dan perjalanan semuanya smooth...

Baca juga: Confirm Tak Tolak Tepi, Ayah Ini Kongsi 6 Tips Supaya Anak Jatuh Cinta Dengan Buku

TIPS BAWA ANAK NAIK FLIGHT, TAK SERABUT ANAK MENGAMUK!

bawa anak naik flight

Kejap ni terbaca pasal kes satu airline yang ugut nak halau infant umur 2 tahun dari satu flight ni sebab menangis non stop.
Actually kes ni agak klasik. So no komen on the issue but lets be part of the solution.

Preparation nak travel dengan infant ni kena study dan plan betul-betul. Nature dia tak sama travel sendiri sorang-sorang.
So far 5 of mykids belum ada lagi kes menangis dalam flight walaupun depa start fly dari umur 6 bulan lagi (for all of them).
Even kita pernah bagi depa fly sendiri tanpa masalah. Here some tips:

1. Ambil sit yang selesa kalau long flight. Makan on boarding. Yeap, part of keselesaan else kita kena layan banyak drama.

2. Pastikan kita and kids dapat cukup rehat dan tidur few days sebelum travel. Selalunya 2-3 hari tu kita akan tidur awal, get a good food, good rest.

3. Pack and plan movement kita juga awal. Suzi selalu dah pack awal 1 week. Keperluan dipack ikut hari nak pakai apa, nak basuh hari apa. Kalau messy plan kita, belum sampai airport lagi dah macam-macam hal. Hati tak tenang.

4. Pack pun make sure tak banyak sangat beg. Dobi 24 jam kat mana-mana je ada sekarang. Go minimalist and bawak yang perlu sahaja.

5. On travel day, keep the mood at a good pace. Tak mau gaduh-gaduh, rasa ada tinggal barang, marah-marah anak lambat.

6. Sentiasa makan dan hydrated. Ada ruang dan peluang get a good food sebelum sampai airport. Kat airport pon minum dan makan kalau ada peluang. Bila perut lapar, semut lalu depan mata pon rasa nak ajak bergaduh.

7. Anak-anak kena dalam keadaan selesa. Pampers kena tukar selalu, susu kena selalu supaya depa kenyang. Kalau perlu stoller, kipas, aircond. Make it happen. Kalau perlu peluk untuk tidurkan dia, do it.

8. Kalau bergerak dalam big pack, banyak barang. Jangan hand carry. Yeap, mana nak tengok pack, mana nak manage beg. Hati kena tenang.

9. Sampai airport awal, check in awal. Drop the beg awal. Kita ada lebih masa untuk makan, rest .

10. Always talk to the kids. Encourage them pasal keseronokan naik flight. Bukan takut-takutkan, bukan biarkan depa layan perasaan tak selesa. Kids akan always ada rasa tak selesa dan takut pada benda baru.

11. Aku selalu akan bawak depa ke kedai candy kat airport. Bagi budget and suh depa ambil apa depa nak. Encourage dan make them happy.

12. Suzi selalu bekalkan anak-anak dengan lolipop. Lolipop ni akan bantu hilangkan nervous dan rasa berdengung bila take off. Kasi depa hisap bila start duduk dalam flight.

bawa anak naik flight

*Indeed travelling amat memenatkan. Tak kisah naik flight atau drive. So kita kene ada proper and clear plan supaya capai objective perjalanan kita. Dapat sesuatu?

Sumber: Arman Arshad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×