Asuh

Rupa-Rupanya Bayi Boleh Faham Setiap Pertuturan Mak Ayah Kalau Guna Cara Betul Macam Ini!

1
SHARES
cara bercakap dengan bayi

Setiap kali kita bertemu dengan bayi, pasti kita akan mengagah dan bermain bersama mereka bukan? Ada juga dalam kalangan kita yang menghabiskan masa bercakap dengan bayi tersebut seolah-olah mereka memahami setiap pertuturan kita. Tapi, betul ke bayi tak faham? Untuk pengetahuan anda, apabila kita menggunakan cara bercakap dengan bayi dengan betul, sebenarnya si kecil ini boleh belajar dan memahami pertuturan kita!

Tetapi, ada beberapa cara yang anda perlu lakukan supaya setiap pertuturan ini menjadi rangsangan yang baik untuk perkembangan si manja. Tak adalah hanya bercakap kosong dengan bayi di rumah sahaja kan?

Baca juga: Rupanya Senang Je Nak Main Role Play Dengan Anak 3 Tahun, Kuatkan Bonding Ayah & Anak!

CARA BERCAKAP DENGAN BAYI, SEBENARNYA MEREKA FAHAM!

cara bercakap dengan bayi

“Sayang, rasa macam sia-sia je cakap ngan baby 9 bulan. Bukan dia faham pun”

Dulu aku ada stigma ni. Sampai la anak aku ada develop mild speech delay and kena jumpa speech therapist baru aku akui sebenarnya pemikiran aku salah. Menyesal weh!

Pening pikir cara nak cakap dengan baby (anak sendiri) ? Ini caranya:

1. Bercakap sambil senyum dan buat eye contact

Cakap dengan baby sambil senyum:

“Hi Anas, how are u?”
“Anas, ni ayah”
“Eh Anas, baju Anas ada bear”

Senyum korang akan establish connection with the baby and buat dia selesa.

2. Tunjuk dan namakan objek

“Look at this! It’s a teddy bear!”
“Eh Anas, baju Anas ada bear”

Korang dapat expose new vocab kepada anak korang. Memang dia tak boleh cakap lagi. Tapi bila diulang dia akan faham je. Lama kelamaan the baby will start associating words with objects.

3. Nyatakan bunyi-bunyi yang ada dekat bayi

Sambil goncang toy dan picit mainan yang ada bunyi cakap ke baby:

“Can you hear that? It’s making a sound!”
” Anas, lembu ni bunyi moo.. moo”
” Anas, cat ni bunyi meow”

Ransang deria pendengaran dia sambil korang explain reasoning. This helps the baby connect words with actions.

4.Memberi respon kepada celoteh bayi

Baby kan suka babble (celoteh bayi)

Contoh

Baby babble

“Oh, you’re talking too! What are you trying to say?”
” Anas lapar ya. Nah susu?”
“Oh, anas tak selesa ya lampu cerah sangat?”

Kau akan indirectly develop rasa attachment baby dengan kau.

cara bercakap dengan bayi

To recap cara cakap dengan baby

– Smile & make eye contact 
– Show & name objects 
– Describe actions & sounds 
– Respond to their babbles 

Paling penting

1. Guna bahasa sesimple mungkin. Sepatah sepatah je
2. Eye contact kena sentiasa ada
3. Ulang banyak kali

Baby memang tak faham apa yang kita cakap TAPI but they will learn from your tone, expressions, and gestures. TLDR: Kau cakap ja apa pun kat baby kau walaupun hal office. Asal kau communicate dengan dia.

*Selamat bercakap dengan bayi!

Sumber: Twitter@syahrulanuar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×