Asuh

6 Strategi Ajar Anak Bercakap Guna Permainan Bubbles, Baru Makin Petah!

38
SHARES
TIPS AJAR ANAK BERCAKAP

Permainan belon buih sebenarnya boleh dijadikan tips ajar anak bercakap kerana banyak manfaatnya. Ramai ibu ayah beranggapan itu hanyalah sekadar mainan biasa.

Sekiranya ingin mencuba teknik ajar anak bercakap melalui permainan bubbles, boleh cuba cara yang dikongsikan di bawah. Jom baca.

Baca juga: 11 Cara Marah Anak Yang Betul Dan Adil, Jangan Biar Si Kecil Rasa Terpinggir

TIPS AJAR ANAK BERCAKAP MELALUI PERMAINAN BUBBLES

TIPS AJAR ANAK BERCAKAP

1. Belajar ambil giliran untuk meniup

Sekiranya anak sudah pandai meniup, boleh ajar mereka untuk ambil giliran meniup bubbles pula. Semasa ambil giliran, ibu ayah boleh terangkan pada anak seperti:

“Sekarang giliran Ali, selepas ini Daddy pula”

Teknik ini sangat penting kerana berlaku komunikasi dua hala.

2. Ajar kemahiran meniup

Lingkungan 2 hingga 3 tahun biasanya si kecil sudah pandai kemahiran meniup. Aktivit meniup melibatkan penggunaan otot mulut, lidah dan rahang.

Dengan melakukan aktiviti meniup ini mereka dapat belajar mengawal pergerakan otot dan tekanan udara di dalam mulut. Secara tidak langsung akan melatih otot lidah membuat bunyi-bunyi pertuturan.

3. Galakkan kemahiran meniru

Permainan bubbles boleh mengalakkan kemahiran meniru sebelum anak mula lancar bercakap. Menurut kajian yang dilakukan beberapa pergerakan mudah seawal 8 bulan sudah boleh ditiru oleh si manja.

Kemahiran meniru ini bermula dari tiru pergerakan motor kasar kemudian motor halus dan barulah anak belajar meniru bunyi dan perkataan.

Jadi, semasa bermain bubbles secara tidak langsung dapat membuatkan anak meniru perkataan yang disebut oleh ibu ayah seperti “pop”.

4. Banyakkan bercakap

Semasa melakukan aktiviti bermain bubbles anak, janganlah diam sahaja. Sebaiknya bercakap dengan si manja untuk menambahkan vokab mereka.

“Mama tiup bubbles”

“Banyaknya bubbles”

“Wah bubbles besar”

“Tengok atas, wah banyak bubbles”

“Tangkap bubbles”

“Ops, bubbles pecah”

Ibu ayah juga boleh mengajar konsep saiz seperti kecil dan besar untuk mereka kenali saiz. Dapatkan respon anak dengan menunjuk ke arah atas atau bawah sebelum meniup.

5. Lakukan eye-contact

Tarik perhatian anak untuk membuat eye-contact sebelum meniup. Kira 1,2,3 dan galakkan mereka mengejar bubbles.

6. Galakkan anak untuk meminta

Jangan beranggapan permainan bubbles hanya sekadar mainan kosong. Selepas ini ibu ayah tukar strategik dengan cara pegang botol bubbles tersebut dan ajukan soalan.

Sebagai contoh:

“Mama ada bubbles”

“Ali, nak bubbles?”

“Nak lagi?”

Dapatkan respon mereka sebelum mula meniup dan pastikan anak menanggukkan kepala atau hulur tangan atau jawab “nak” “nak bubbles” (bergantung pada bahasa anak).

Kesimpulannya, digalakkan untuk membeli bubble jenis perlu ditiup berbanding pistol. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Awas! Ibu Ayah Jangan Suka-Suka Bagi Makanan Ini Dekat Anak, Boleh Bawa Maut!

Sumber: Terapis Pertuturan Jiwa Damai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×