Percutian

9 Taman Tema Menarik Luar Negara Anda Boleh Singgah, Ada Keunikan Tersendiri!

5
SHARES
TAMAN TEMA MENARIK

Dah habis jelajah semua taman tema di Malaysia? Jangan risau, artikel kali ini penulis ingin kongsikan senarai taman tema menarik yang ada di luar negara.

Semua taman tema di bawah mempunyai keunikan dan keseronokan tersendiri yang tidak boleh dapat di tempat lain. Jadi, kalau anda bercuti di senarai negara di bawah, jangan lupa singgah themepark ya.

Baca juga: Kalau Bercuti Ke Narathiwat, Kena Singgah 13 Tempat Viral Ini. Confirm Puas Hati!

SENARAI TAMAN TEMA MENARIK LUAR NEGARA, SERONOKNYA

1. Universal Studios Singapore (USS)

TAMAN TEMA MENARIK

Taman tema Universal Studios yang pertama dan satu-satunya di Asia Tenggara menampilkan pelbagai mainan dan tarikan yang mendebarkan berdasarkan filem dan rancangan TV popular.

Anak-anak pasti gembira dapat melihat watak kegemaran mereka di kaca TV seperti Elmo, Minion dan lain-lain. Rugi kalau tak pernah datang sini.

2. Trans Studio Bandung, Indonesia

Trans Studio yang terletak di Bandung merupakan taman tema terbesar di Indonesia dan rugi kalau tak cuba permainan seperti
Boomerang coaster, Vertigo coaster dan Giant Swing.

Selain mainan mencabar, ada juga mainan untuk seisi keluarga seperti Magic Rail coaster, Kiddy Coaster dan Magic Carousel. Selami dunia keseronokan di Trans Studio Bandung. Harga tiket berbaloi dan murah.

3. Siam Amazing Park Bangkok

TAMAN TEMA MENARIK

Jika anda inginkan kelainan apabila ke Bangkok, Thailand, boleh kunjungi Siam Amazing Park yang terletak berhampiran dengan pusat bandar.

Lebih menarik lagi, themepark ini memenangi Guinness World Record untuk kolam ombak terbesar. Terdapat 5 zon yang boleh dilawati bersama keluarga tersayang.

4. Hong Kong Disneyland

Terokai 7 taman tema di Hong Kong Disneyland, mulakan pengembaraan menakjubkan dan menarik dengan melawati Castle of Magical Dreams yang baru diubah suai dan temui prince serta princess kegemaran si kecil.

Selain itu, ada juga watak-watak Disney seperti Mickey, Minnie, Winne the Pooh, Dumbo dan lain-lain. Sekiranya anda peminat tegar Marvel, jangan lepaskan untuk lawato Tomorrowland dan selesaikan misi yang disuruh.

5. Warner Bros. Movie World Gold Coast Theme Park

TAMAN TEMA MENARIK

Terdapat 28 jenis permainan yang boleh dicuba mengikut kesesuaian umur. Permainan bertemakan watak filem kegemaran seperti Superman Escape, Scooby-Doo Spooky Coaster dan banyak lagi.

Tarikan mesra kanak-kanak dan pertunjukan menghiburkan untuk seisi keluarga juga ada.

6. VinWonders Phu Quoc, Vietnam

Tak lengkap rasanya percutian di Phu Quoc Vietnam sekiranya tak singgah VinWonders. Terdapat lebih 100 aktiviti indoor dan outdoor yang ada dan lebih menarik lagi ia juga dilengkapi dengan taman tema air yang menampilkan pertunjukan ikan lumba-lumba dan banyak lagi.

Nikmati percutian di 3 taman tarikan terbesar di Phu Quoc: Vinwonders Phu Quoc, Vinpearl Safari Phu Quoc dan Grand World Phu Quoc.

7. Universal Studios Japan, Osaka, Japan

Terdapat lebih 60 tarikan di Universal Studios Japan dan nikmati keseronokan di Super Nintendi World serta mainan Mario Karf pertama di dunia.

8. Lotte World Adventure Themepark Seoul Korea

Lawati taman tema terkenal di Korea Selatan, terletak di tengah-tengah Seoul. Terdapat pelbagai permainan ekstrem dan permainan untuk seisi keluarga.

9. Ferrari World Abu Dhabi

TAMAN TEMA MENARIK

Jika anda suka sesuatu yang mencabar, pasti anda lawati taman tema berinspirasikan Ferrari pertama di Dunia. Terdapat 44 permainan yang mendebarkan dan memberikan keseronokan yang tiada tandingannya.

Formula Rossa, merupakan rollercoaster terpantas di dunia, mencapai kelajuan 240km/jam. Flying Aces pula memecah tiga rekod dunia menampilkan roller coaster paling tinggi, condong dan curam.

Fuh! Banyak betul taman tema menarik yang anda boleh kunjungi. Kena kumpul duit banyak-banyaklah nampaknya.

Baca juga: Itinerari Penuh Trip Ke Phu Quoc Vietnam 5H4M, Bajet Tak Cecah RM1000 Pun. Wow!

Sumber: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×