Thailand merupakan destinasi percutian pilihan ramai kerana lebih murah berbanding negara lain. Selain Hatyai, terdapat beberapa tempat menarik di Narathiwat anda boleh kunjungi sekiranya bercuti di sini.
Walaupun sebuah wilayah kecil tetapi memang puas hati dan gembira sekiranya melancong bersama insan tersayang. Jom baca perkongsian lengkap oleh Kamal Farid Sulaiman di bawah.
Baca juga: Jangan Tinggal 3 Dokumen Penting Ini Kalau Nak Bawa Kereta Sendiri Masuk Thailand
TEMPAT MENARIK DI NARATHIWAT ANDA WAJIB KUNJUNGI
Biasa orang Malaysia lebih suka pergi ke Hatyai berbanding di sini. Tapi Narathiwat juga boleh jadi checklist untuk anda terutama bagi yang bercadang untuk percutian singkat.
1. Narashi Shabu Halal Buffet
Kedai makan bercirikan buffet. Ada pelbagai jenis makanan seperti steamboat, sushi, seafood, dessert dan macam-macam lagi. Makan sampai kenyang. Cuma kalau pergi hari biasa, makanan dia tak sebanyak hari minggu. Masa diberikan 1 jam setengah.
Caj seorang dewasa lebih kurang 369Baht/RM48
Google Maps: Narashi Shabu Halal Buffet, Narathiwat
2. Summer Thon
Kedai makan viral ini terletak kira-kira 18km dari Bandar Narathiwat dan berdekatan Airport Narathiwat. Apa yang menarik di sini adalah lokasinya yang berada di tepi pantai yang cantik dan di bawah laluan kapal terbang hendak mendarat.
Kena datang ikut jadual flight ya kalau nak time tu.
Google Maps: Summer Thon, Narathiwat
3. Pai Na Nara
Yang suka bergambar boleh singgah di sini untuk bergambar di dalamnya. Boleh tahan cantik port untuk bergambar setanding Kampung Agong yang terletak di Pulau Pinang.
Yuran masuk: 20Baht/RM2.60 seorang
Google Maps: Pai Na Nara
4. Ruean Ram Resort
Resort ini ditemukan secara tak sengaja sebab saya tidak membuat tempahan. Tempat memang cantik, redup dengan pokok sekeliling resort.
Harga pun murah dengan bilik dia macam hotel 4 bintang, sangat selesa. Yang penting tandas dia bersih dan luas. Ada bagi makanan dan minuman dalam bilik. Kalau makan kena bayar ya.
Harga Bilik King Size: 550Baht/RM72
5. Rim Khuean Market
Lepas Maghrib keluar cari makan di pasar malam yang terletak di tepi sungai Bang Nara. Pelbagai makanan yang sedap dan menarik disini sama seperti di Pasar Malam di Hatyai juga. Bezanya di sini boleh makan di dataran tepi sungai sambil melihat kapal-kapal yang lalu disaksikan rembulan.
Google Maps: Rim Khuean Market
6. Two Season Home Resort & Restaurants
Breakfast saya pilih di sini sebab terkenal dengan nasi kerabu tersohor di Narathiwat. Terletak kira-kira 25km dari Bandar Narathiwat.
Nasi kerabu golok dia memang sedap tapi yang penting lagi suasana kedai ini memang tenang mengusik jiwa. Datang awal ya kedai hanya beroperasi 3 jam dari jam 7-10pagi waktu Thai.
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/UE135LnFceHyHubGA
7. Khun Piman Stall (ร้านคุณพิมาน)
Kalau anda peminat makanan berasaskan kelapa seperti saya. Sebelum singgah kedai nasi kerabu, saya cadangkan untuk berhenti di gerai ini beli jeli kelapa dan dadih kelapa.
Dadih kelapa memang rasa dia cukup dengan manis berlemak. Tak jumpa di Malaysia. Dah berkali-kali repeat tetap tak puas makan.
Harga Jelly Kelapa: 100Baht/RM13 untuk 3 biji
Harga Dadih Kelapa: 120Baht/RM15.50 untuk 5 bekas
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/hpg4do6i59bZ5BWp7
8. Narathat Beach
Pantai Narathat, destinasi wajib singgah jika ke sini. Datang sebelah petang, boleh makan-makan dan membeli belah.
Google Maps: Narathat Beach
9. 7-Eleven
Yang ini asal masuk Thailand, anda mesti kena singgah. Tak kisah mana-mana kawasan di Thailand pun. Wajib cuba air kopi dan coklat isi sendiri. Hotdog, roti, dan colek pauh. Dalam ini tak semua halal ya. Semak logo halal dulu sebelum beli.
Baca juga: Hati-Hati Bercuti Ke Kundasang, Kalau Pertama Kali Kena Baca Tips Ini Dulu
10. Kedai kuih muih
Peminat kuih muih kena cuba disini. Tapi kuih sini manis-manis ya. Kedai-kedai kuih banyak di sepanjang jalan yang saya kongsikan.
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/ehfr9upMevZC1Bmf9
11. Yakang Local Market
Kalau Hatyai ada Floating Market, Narathiwat pun ada tau. Cuma terbalik orang jual atas darat, orang makan atas air. Hanya buka pada hari jumaat dan sabtu sahaja ya.
Google Maps: Yakang Local Market
12. Laebin cafe ร้านแลบินคาเฟ่
Nak pergi Summer Thon jumpa cafe ni dulu. Berdekatan Airport Narathiwat. Cafe dengan suasana seperti berada di dalam kapal terbang. Nak masuk pun dapat tiket kapal terbang.
Google Maps: Laebin Cafe
13. Akhoo cafe & Restaurant (Lebih dikenali dengan nama Nasir Buffet)
Pelopor pertama buffet halal di Narathiwat. Cukup terkenal Nasir Buffet ni. Sekarang masih lagi nombor satu tapi bajet kena lebih sikit lah.
Google Maps: อาคูว Akhoo cafe &Restaurant, Narathiwat
14. Kedai Roti Canai sebelah Masjid An Nur, Tak Bai
Kalau balik petang dari Narathiwat ke Rantau Panjang boleh singgah di kedai ini. Beli bekal roti canai ala-ala roti tempayan. Roti tebal tak seperti roti canai biasa tetapi tekstur lembut dan gebu. Wajib cuba!
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/gPKmveP4ySQBNsiE6
Wah, banyak nak kena singgah. Seronoknya!
Baca juga: Sebelum ‘Terbang’ Ke Kashmir, Kena Tahu 10 Tips Penting Ini. Baru Macam Bukan Pelancong!
Sumber & kredit gambar: Facebook Kamal Farid Sulaiman