Percutian

Wanita Kongsi Itinerari 3H2M Percutian Romantis Ke Krabi, Bajet Bawah RM1000 Sahaja

3
SHARES

Sebut sahaja Krabi, pasti dalam fikiran kita akan travel menggunakan kapal terbang tetapi sebenarnya, boleh sahaja ke Krabi menaiki kereta seperti yang dilakukan oleh Nurul Hidayah dan suaminya bersama anak-anak. Kalau tak ada idea dan tak tahu destinasi yang ingin dituju, ikuti perkongsiannya di bawah. Rugi kalau tak cuba, seronok!

Baca juga: Ini 7 Hotel Dengan ‘View’ KLCC Harga Bawah RM500/RM1000 Satu Malam Di KL

WANITA KONGSI ITINERARI 3H2M PERCUTIAN ROMANTIS KE KRABI, BAJET BAWAH RM1000 SAHAJA

Trip to Krabi, 3 hari 2 malam. Pergi sendiri dengan kereta dan tak ambil tour guide. Bajet below RM1,00 all in (hotel, makan, minyak kereta, insurans).

Excluding private longtail boat. Document diperlukan:

  • Passport
  • Geran kereta Insurans
  • Kereta ke Thailand
  • Travel Insurans (tak wajib)

Penang-Bukit Kayu Hitam (1 jam 30minit)

– Beratur untuk cop passport di kaunter Imigresen Thailand. Kena tunjuk MySejahtera sebelum cop passport tu.

– Kaunter Kastam Thailand:

– Pemandu kenderaan kena pergi kaunter kastam Thailand untuk pengesahan membawa kenderaan. Dokumen yang kena diserahkan ialah:

  • Geran Kenderaan
  • Insurans Kereta ke Thailand
  • Passport

Semua dokumen perlu diserahkan dekat kaunter kastam. Lepas selesai diperiksa, akan ada satu borang pengisytiharan yang perlu kita tandatangan. Satu salinan diaorang simpan stau lagi kita sndiri simpan. Salinan yang kita simpan tu kena bagi dekat kaunter kastam bila nak keluar dari Thailand nanti.

Bukit Kayu Hitam-Krabi (Lebih kurang 5 jam lebih)

– Sebelum bertolak tu kalau boleh isi minyak kereta penuh siap-siap.

– Highway dekat sana tak ada tol dan highway dia boleh U-turn.

DAY 1

Sampai-sampai Krabi, terus check in hotel Dusitd2 Aonang Beach. Hotel ni bukan setakat reasonable, bilik dia bersih, fast service dan berdekatan dengan Ao Nang Beach. Kedai souvenir pun banyak. Nak cari kedai makanan halal dekat Aonang Beach ni susah sikit.

Kena survey sendiri. Nak kenal pasti halal dekat kedai-kedai makanan tu akan ada tulisan halal. Dekat depan hotel kitaorang duduk tu ada 2, 3 kedai halal. Makanan murah-murah. Lokching dia satu cucuk 5baht je (lebih kurang 50sen duit kita). Wajib try banana pancake nutella, ais krim kelapa.

DAY 2 

Lepas breakfast dekat cafe hotel, driver datang ambil untuk ke Ao Nang Beach. Kitaorang ambil pakej island trip dengan boat and beyond untuk pusing 4 Islands dari pukul 8.00pagi-12.30 tengah hari. Boat ni nama dia Longtail Boat. Yang ni private punya so agak mahal. 4pax(800+). Lebih dari 4 orang kena bayar extra charge per person. Nak booking boleh book dekat klook ataupun website dia terus dekat Instagram: Boat and Beyond.

Untuk yang mabuk laut tak digalakkan naik ni. Masa naik ni, memang melompat-lompat juga boat ni sebab tour guide tu cakap sekarang musim ombak kuat. So snorkeling pun tak boleh. Jadi kitaorang naik ni singgah-singgah dekat Island sahaja. Service pakej Boat and Beyond ni memang A+.

Balik dari island trip, singgah hotel rehat dulu. Lepas tu petang pergi Aonang Beach untuk makan petang. Tak ingat nama kedai makan tu tapi sedap semua makanan dia. Tomyam semua lah. Owner dia cakap Melayu. Lpstu terus gerak pergi Krabi Night Market. Sini macam-macam ada. Makanan Thai, baju-baju dan souvenir.

DAY 3

Lepas breakfast dekat hotel, check out dan jalan-jalan cari souvenir dekat Ao Nang beach. Lepastu singgah sekejap Hat Yai untuk lunch. Nama restaurant ni Kai Tod Decha. Tomyam Kelapa dia memang sedap. Ramai orang Melayu datang makan sini. Plan nak naik gajah dekat Hat Yai ni tapi x sempat. Jadi terus balik lepas makan tu.

– Dah sampai dekat sempadan tu, kena turun dekat Imigresen Thailand untuk cop passport+ penyerahan salinan yang kita simpan tadi tu. Dekat Imigresen Malaysia nanti pegawai tu akan check bonet kereta sekejap. Itu sahaja.

PERKONGSIAN BAJET

– Hotel Dusitd2 Aonang Beach (2malam) RM300+ (kitaorang book dekat Trip.com)

– Minyak Kereta (Full tank (RM100+) pegi balik)

– Kalau naik kereta yang jimat minyak tak smpai 100+ pun actually. Kitaorang 100+ sebab naik Estima.

– Insurans Kereta ke Thailand

– Total RM289

– Pakej Private Longtail Boat kitaorang ambil dengan Boat and Beyond . Pusing 4 islands, meals+picnic provided, snorkeling (tengok keadaan cuaca dan ombak)

– Makan-makan dekat Thailand lebih kurang macam kita makan dekat sini sahaja. Tapi mostly murah-murah juga makanan-makanan dekat sana.

– Korang tinggal nak bawak duit extra je untuk shopping.

Bajet tak sampai RM1,000 pun. So kesimpulannya, pergi sendiri lagi jimat dari naik flight. Selamat bercuti ke Thailand!

Sumber: Facebook Nurul Hidayah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×