Percutian

Ibu Kongsi Tips Sebelum Bawa Anak Ke Genting Skyworld, Rugi Kalau Tak Ikut!

7
SHARES

TIPS KE GENTING SKYWORLD

Musim cuti sekolah telah tiba dan ibu bapa pasti mencari-cari tempat menarik untuk membawa anak-anak bercuti melapangkan minda setelah penat belajar.

Apa kata bawa anak tersayang ke Genting Skyworld Theme Park seperti yang dilakukan oleh seorang ibu bernama Chenta Yana tapi sebelum ke sana, pastikan anda ikut semua tips yang dikongsi supaya berjalan dengan lancar dan tak pening kepala.

Baca juga: 20 Tempat Makan Best Di Kuala Terengganu, Tak Lengkap Kalau Tak Singgah!

IBU KONGSI TIPS SEBELUM KE GENTING SKYWORLD, RUGI KALAU TAK IKUT!

GENTING SKYWORLD

Vacation trip outdoor theme park Genting Highland bersama anak. Alang-alang papa off day 10 hari, kita decide nak bwk anak-anak jalan. So, malam tu bincang nak bawa pergi theme park Genting Highland.

First thing first, mesti lah kena beli tiket dulu. Harga tiket:

  • Dewasa: RM151
  • Warga emas & kanak-kanak (90cm-110cm) : RM121

Kalau naik kereta boleh pilih, nak park dekat GPO & naik cable car or terus parking dekat atas. Kami decide nak parking dekat GPO je sebab nak naik cable car. So parking whole day dalam RM18 . If ikut jam RM3 per hours. For cable car rm18 both way. So total rm54 exclude farrel. Tapi kalau nak jimat, rerus je parking dekat first word.

Before pergi, advisable untuk beli raincoat. Bukan sebab takut hujan saja, ada ride yang basah tau so prepare siap-siap rain coat. Before pergi juga tolong download apps Genting Sky Worlds. Ada apa dalam apps ni?

– Ada map, so senang nak tahu jalan, nak cari rides semua just refer dekat apps.

– Boleh book VQ reservations. VQ ni untuk kita reserve siap siap rides yang kita nak, so kita tak payah beratur dah akan dpt priority lane. Tapi sorang dapat 6 rides saja untuk VQ.

– Nanti akan ada checkpoint yang pihak theme park ambik gambar kita, nanti gambar boleh ambik terus dari apps saja.

Theme Park buka dari 11 pagi sampai 6 petang. So plan your journey betul-betul, pastikan sampai depan gate before 11am. Tapi kami sampai dalam 12 tengah hari sebab bertolak dari rumah pukul 8am.

Kami pergi hari selasa so tak ada crowded sangt. Dekat sana, banyak je ada jual makanan semua, so tak payah risau. Air panas sejuk nak buat susu anak pun ada tersedia . If nk refill air masak anak pun boleh just bawa botol pergi je mana-mana baby washroom ada dekat dalam tu water dispenser.

Ini antara permainan yang boleh naik. Tengok je dalam apps follow map dia bagi dalam tu je. Kalau ada anak kecil sila bawa stroller.

Thrill Level Mild: 

– Blue Sky Carousel (Ni yang ada kids sesuai naik ni. Macam kuda kt funfair tapi version cantik)

– Sid’s Play House Ice Age (Yang ni show ice age, characters ice age buat stage show. Kalau bawa kids boleh lah masuk yang ni)

– Night at the museum (Ride ni macam ada storyline then kita duduk dekat atas tu main tembak-tembak. Kalau bawa kids boleh naik ni)

Thrill Level Medium: 

– Samba Glidder (Boleh tengok pemandangan dari atas. Min height 95cm)

– Rio Carnaval Chaos (Yang ni satu cup dia tu boleh naik 4 orang)

– Sid’s Rock & Slide (Ni pun kids boleh naik, dia pusing pusing sikit. Satu seat boleh naik 3 orang)

– Epic Voyage to Moonhave (Yang ni la ride yang kena pakai rain coat tu)

– Boot Camp Training (Ini ada flying fox macam escape park)

Thrill level High: 

– Epic Hummingbird Flyers (Rides dia naik turun macam burung terbang)

– Alpha Fighter Pilot (Dia akan pusing kita 360 degree)

– Independance Day: Defiance (Yang ni indoor, 4D lawan aliens)

– ESD GLOBAL DEFENDER (Yang ni macam bawak kapal terbang, single rider & dia spinning juga)

– River Town Roller (Dia pusing 360 degrees)

– Acorn Adventure (Ini roller coaster)

Overall meman ok dan tempat cantik nak bergambar. Sebelum balik kita akan dapat voucher 50% off untuk next visit so nanti boleh datang lagi. Moga manfaat! Selamat bercuti.

Sumber: Facebook Chenta Yana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×