Asuh

Awas! Ibu Ayah Jangan Suka-Suka Bagi Makanan Ini Dekat Anak, Boleh Bawa Maut!

6
SHARES
MADU UNTUK BAYI

“Madu untuk bayi sesuai ke?”

Menerusi sebuah video di laman TikTok milik Dr Qarafi Tee, dia ada berkongsi satu cerita mengenai keadaan bayi berusia 3 bulan yang lemah longlai akibat disuap makanan ini.

Jelasnya, bayi itu pada mulanya tidak mahu minum susu badan dan lama kelamaan keadaan menjadi semakin teruk sehingga perlu dimasukkan ke dalam ICU.

Baca juga: Jenis & Tahap Autisme Bagi Kanak-Kanak, Bukan Semuanya Miliki Ciri Yang Sama!

MADU UNTUK BAYI TAK SESUAI, BOLEH MERAGUT NYAWA

MADU UNTUK BAYI

Lebih mengejutkan, bayi itu juga disahkan mengalami jangkitan kuman paru-paru dan tidak boleh bernafas dengan elok walaupun sudah diberi ubat yang disediakan oleh pihak hospital.

Kejadian ini membuatkan doktor mengambil keputusan untuk melakukan ujian sampel najis bayi berkenaan. Hasil ujian mendapati bahawa najis bayi mengandungi Klostridium Botulinum.

Itu merupakan nama bakteria yang menyebabkan kondisi bayi berkenaan lemah longlai. Klostridium mengeluarkan toksik yang boleh menyebabkan otot si kecil tidak boleh bergerak dengan betul.

Bakteria tersebut ternyata ‘datang’ daripada sejenis makanan yang diberikan oleh ibu bapanya. Kajian di Amerika Syarikat mendapati kurang 10% madu yang dijual di luar mengandungi Klostridium Botulinum.

Bayi bawah usia 1 tahun tidak boleh makan madu kerana usus masih belum kuat dan ini akan menyebabkan bakteria mengeluarkan toksik.

Jadi, ibu bapa di luar sana jangan sesekali bagi anak kecil anda madu kerana boleh meragut nyawa!

Video penuh:

@qarafitee

Jangan bagi anak korang makan ni. terutamanya berumur 1 tahun ke bawah #drqarafitee #fyp #viral

♬ Spooky, Quiet, Scary Atmosphere Piano – Bucyrus Audio

Baca juga: 11 Cara Marah Anak Yang Betul Dan Adil, Jangan Biar Si Kecil Rasa Terpinggir

Sumber: TikTok Dr Qarafi Tee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×