Asuh

Jenis & Tahap Autisme Bagi Kanak-Kanak, Bukan Semuanya Miliki Ciri Yang Sama!

9
SHARES
JENIS AUTISME

Sekiranya ibu ayah perasan perubahan perangai anak, segera lakukan diagnosis awal untuk menentukan jenis autisme yang dihadapi.

Gangguan autisme boleh melibatkan masalah tingkah laku, komunikasi dan masalah sosial. Ia juga berkait rapat dengan tahap autisme. Ikuti penjelasan lanjut mengenai perkara ini di bawah.

Baca juga: Bapa Ini Kongsi Petua Lembutkan Hati Anak Yang Nakal Dan Agresif, Buat Waktu Tidur

5 JENIS AUTISME IBU AYAH KENA TAHU, PERHATIKAN SIKAP ANAK

JENIS AUTISME

1. Pseudo-autism

Pseudo-autism adalah keadaan di mana anak menunjukkan ciri-ciri autism seperti speech delay, tiada eye contact dan duduk dalam dunianya sendiri.

Namun perkara ini dapat dihentikan dengan menghalang si kecil daripada melihat gajet. Biasanya autism jenis ini boleh dilihat ketika usia 1 hingga 4 tahun.

2. Sindrom Asperger

Sindrom jenis ini dianggap spektrum yang lebih ringan berbanding biasa. Seseorang kanak-kanak yang mempunyai Asperger akan memberi tumpuan kepada sesuatu topik mengikut minatnya.

Namun, antara kelemahnya kanak-kanak yang mengalami sindrom ini adalah dia mempunyai masalah untuk bersosial.

3. Pervasive Developmental Disorder – Not Otherwise Specified (PDD-NOS)

Pervasive Developmental Disorder – Not Otherwise Specified (PDD-NOS) adalah ejenis autisme ringan yang menunjukkan pelbagai simptom.

Gejala paling biasa dihadapi oleh mereka yang mempunyai autisme jenis ini adalah cabaran dalam pembangunan sosial dan bahasa.

Si kecil anda mungkin mengalami kelewatan dalam perkembangan bahasa, berjalan dan kemahiran motor yang lain.

4. Gangguan autistik

Sindrom ini juga dikenali Kanner, kanak-kanak yang menghidap autisme jenis ini tidak mempunyai keupayaan untuk memahami masalah dari perspektif orang lain.

Dia hidup di dalam dunianya sendiri dan tidak memahami kejadian yang berlaku di persekitaran sekelilingnya. Sebahagiannya disebabkan oleh ketidakupayaan untuk mentafsir emosi.

Kanak-kanak yang mempunyai sikap seperti ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai kelebihan, malah ramai yang mempunyai kemahiran mengira, seni, muzik dan ingatan yang lebih kuat berbanding kanak-kanak lain.

5. Gangguan Disintegratif kanak-kanak

Autisme jenis ini kebanyakannya kanak-kanak akan mengalami kelewatan dalam perkembangan motor, bahasa dan sosial. Biasanya mereka yang menghidap autisme jenis ini mengalami perkembangan normal sehingga umur dua tahun.

Selepas dua tahun, akan perlahan-lahan kehilangan kemahiran yang telah mereka perolehi pada usia tiga atau empat atau bahkan 10 tahun.

Punca gangguan ini adalah disebabkan oleh pergerakan sistem saraf di otak. Ramai pakar menganggap gangguan disintegratif kanak-kanak sebagai bentuk perkembangan autisme itu sendiri.

JENIS AUTISME

3 TAHAP AUTISME, JANGAN AMBIL RINGAN

Terdapat 3 tahap autisme anda perlu tahu.

Tahap 1

Tahap 1 ini dianggap mild dan tidak begitu serius. Kanak-kanak dengan autisme tahap 1 mungkin memahami dan bercakap dalam ayat yang lengkap, tetapi menghadapi kesukaran untuk bersembang.

Tahap 2

Autisme tahap 2 dianggap sebagai moderate Kanak-kanak pada tahap 2 mempunyai cabaran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan.

Mereka yang mengalami autisme tahap 2 mungkin mengalami kesukaran menghadapi perubahan dalam rutin kehidupan.

Tahap 3

Autisme tahap 3 dicirikan dalam kategori teruk dan tingkah laku yang sangat tidak fleksibel. Kanak-kanak dengan autisme tahap 3 ini akan menjadi bukan lisan atau hanya menggunakan beberapa perkataan pertuturan yang boleh difahami.

Permulaan interaksi sosial dan tindak balas kepada orang lain sangat terhad. Seseorang yang mengalami autisme pada tahap ini mungkin berinteraksi dengan orang lain secara tidak normal.

Sekiranya ada tanda-tanda di atas terhadap si kecil anda, segara lakukan rundingan dengan pakar untuk menentukan jenis dan tahap autisme yang dialami.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 11 Cara Marah Anak Yang Betul Dan Adil, Jangan Biar Si Kecil Rasa Terpinggir

Sumber: Intergrity Inc & The Place For Children With Autism

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×