Famili

Rawat Segera Jika Disengat Tebuan, Kalau Biarkan Boleh Jadi Punca Kegagalan Buah Pinggang

39
SHARES
KENA SENGAT TEBUAN

Jangan pandang ringan jika anda atau ahli keluarga kena sengat tebuan kerana ia boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang sehingga membawa maut. Antara komponen yang terdapat dalam sengatan tebuan adalah histamine.

Jadi, bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, ikuti penjelasan lengkap di bawah perkongsian Dr Ahmad Samhan. Baca sampai habis ya.

Baca juga: Rawatan Bekam Boleh Buang Toksin & Lancarkan Darah Dalam Badan, Fakta Atau Auta?

JANGAN AMBIL RINGAN BILA KENA SENGAT TEBUAN, BAHAYA

KENA SENGAT TEBUAN

Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan boleh menyebabkan sistem imunisasi badan memberikan reaksi yang melampau seperti:

  • Tekanan darah turun dengan mendadak
  • Saluran pernafasan menjadi sempit
  • Tekak dan lidah bengkak maka pesakit susah bernafas
  • Denyutan nadi yang lemah dan laju, lebih dari biasa
  • Ruam gatal dan bengkak di bahagian muka dan bibir
  • Loya dan muntah
  • Cirit birit
  • Pening atau pengsan

Dos sengatan yang boleh membawa maut adalah 4.6mg/kg. Maka, kanak-kanak mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana saiz badan yang lebih kecil.

Lebih teruk, tebuan menyengat mangsanya berkali-kali berbanding lebah yang hanya menyengat hanya sekali.

Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat risiko kematian lebih tinggi.

LANGKAH PENCEGAHAN & KECEMASAN BOLEH IKUT

Bagi mengelakkan anda atau ahli keluarga disengat tebuan, pastikan ikut langkah pencegahan seperti di bawah.

1. Elakkan anak bermain dalam hutan.

2. Jika perlu bawa anak masuk hutan, pastikan anak pakai baju lengan panjang,seluar panjang dan bertopi.

3. Elakkan menggunakan pakaian bewarna-warni yang boleh menarik perhatian serangga.

4. Elakkan memakai bau-bauan atau minyak wangi.

5. Jika diserang, jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan kerana akan menarik perhatian lebah/tebuan mengejar mangsa.

6. Jangan mengibas baju dan kain untuk menghalang serangan,ini akan lebih menarik perhatian tebuan/lebah.

Sekiranya disengat tebuan, ikuti langkah kecemasan ini:

– Tanggalkan pundi sengat dengan menggunakan pengumpil atau penyepit.

– Basuh dengan air dan sabun.

– Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan.

– Bawa mangsa ke kecemasan dengan segera.

Bahaya kalau dibiarkan. Semoga bermanfaat.

Baca juga: Banyak Manfaat Minum Jus Epal Hijau Campur Saderi, Rugi Kalau Tak Pernah Cuba!

Sumber: Facebook Dr Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×