Dapur

Dikejutkan Berita Warga Emas Maut Disengat Tebuan, Boleh Cuba 3 Petua Rawatan Awal Ini!

22
SHARES
petua kena sengat tebuan

Petua kena sengat tebuan yang dikongsikan ini adalah sebagai ikhtiar rawatan awal sekiranya sengatan itu hanya satu dan bukan di tempat yang serius. Seperti diketahui, lebah mempunyai kemampuan untuk menyengat manusia yang mana meninggalkan kesan menyakitkan sehingga boleh membawa maut jika dibiarkan.

Isnin baru-baru ini, berita tempatan melaporkan seorang wanita warga emas maut selepas disengat seekor tebuan yang dipercayai masuk ke dalam telekungnya sewaktu mangsa sedang menanti masuknya waktu solat isyak di ruang tamu rumah.

Baca juga: 7 Khasiat Tersembunyi Daun Bidara Yang Orang Tak Tahu, Paling Tak Sangka Hilangkan Parut!

PETUA KENA SENGAT TEBUAN

petua kena sengat tebuan

Gambar: GoodRX

Maka disebabkan itu, berikut merupakan 3 petua kena sengat tebuan yang boleh anda cuba sebagai langkah awal sebelum mendapatkan rawatan yang sepatutnya daripada doktor.

Baca juga: Public Health Bidas Wanita Buat Video 3 Makanan Tak Boleh Campur Pisang, Ini FAKTA Sebenar!

PETUA ATASI SENGAT TEBUAN

Ingat! Kalau kena sengatan yang kritikal, harus segera ke hospital di bahagian kecemasan ya. Jangan tunggu-tunggu lagi kerana boleh mengancam nyawa.

Jika sengatan itu hanya satu dan bukan di tempat yang serius, buangkan dulu sisa sengat yang mungkin ada tertinggal pada bahagian tubuh. Kemudian, anda boleh mencuba petua-petua ini untuk mengurangkan sakit dan bengkak apabila disengat tebuan:

1. Bawang Putih dan Halia

Tumbuk bahan-bahan ini sehingga lumat dan letakkan pada bahagian yang disengat.

Halia membantu untuk mengurangkan sakit dan bawang putih pula akan mengelakkan dari terkena jangkitan.

2. Garam, Air Kelapa dan Tanah Liat 

Campurkan garam, air kelapa dengan tanah liat sedikit sahaja. Lepas itu, sapukan pada tempat yang disengat.

Garam dan air kelapa boleh membantu keluarkan bisa sengatan.

3. Ubat Sapu Berangin

Bagi mengurangkan rasa sakit disengat, gunakan ubat sapu yang dikhususkan untuk gigitan serangga seperti Mopiko atau Tiger Balm.

Baca juga: Risau Muncul Ketulan Di Payudara, Jangan Panik, Pegang Bahagian Bengkak & Baca Doa Ini

Selain petua di atas, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk merawat dan meneutralkan sengatan tebuan.

Segera buang penyengat pada tubuh, bersihkan dengan air dan sabun serta tuamkan ais selama 20 minit untuk mengurangkan bengkak.

Tindakan yang sebaiknya, segeralah pergi ke klinik atau hospital berdekatan untuk memastikan anda mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Baca juga: 10 Remaja Cemas Lepas Suntik Ubat Kuat, Zakar Berubah Hitam & Dr. Terpaksa Bedah Separuh!

Sumber: Property Guru

FT Image: Medical News Today / 123rf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×