Dapur

Pasangan Suami Isteri Keracunan Lepas Makan Ikan Buntal, AWAS Ikan Ini Beracun!

16
SHARES
masak ikan buntal

Ikan buntal merupakan spesis ikan yang mengandungi toksin berbahaya. Walaupun begitu, terdapat segelintir orang yang berani dan gemar masak ikan buntal sebagai santapan di rumah.

Sekiranya seseorang itu tidak pandai menyiyang dan membuang racun ikan itu, anda bakal berhadapan risiko maut setelah menikmatinya. Bahkan, ada juga yang menyatakan ikan ini merupakan hidangan yang dilarang untuk disajikan kepada Maharaja Jepun walaupun ia sedap.

Justeru itu, mari ikuti penerangan lanjut mengenai info ikan buntal dari Public Health Malaysia di bawah.

Baca juga: Ada 6 Jenis Kemurungan Anda Perlu Tahu, Bukan Hanya Bipolar Disorder Sahaja

MASAK IKAN BUNTAL BERISIKO UNTUK DIRACUNI TOKSIN BERBAHAYA

masak ikan buntal

Pasangan dari Kluang, Johor mengalami keracunan serius selepas memakan ikan buntal yang dibeli dari peniaga di Facebook.

Ikan buntal mengandungi toksin tetrodotoxin dan/atau saxitoxin yang kuat. Ia adalah toksin sistem saraf pusat dan lebih bahaya daripada sianida. Gejala bermula dalam masa 20 minit hingga 2 jam selepas memakan ikan beracun itu.

GEJALA DIALAMI SETELAH DIRACUNI

Gejala awal termasuklah:

  • Kebas pada bibir dan mulut
  • Diikuti dengan pening.
  • Kebas pada bahagian kaki.
  • Masalah untuk bercakap.
  • Hilang keseimbangan
  • Lemah otot.
  • Lumpuh.

ORGAN IKAN BUNTAL YANG MENYIMPAN RACUN

Bahagian yang tersimpan racun adalah:

  • Hati.
  • Gonad (ovari dan testis).
  • Usus.
  • Kulit ikan buntal.

Daging ikan akan tercemar dengan toksin tersebut jika bahagian racun tidak dibuang dengan cara yang betul. Toksin ikan buntal TIDAK boleh dimusnahkan dengan memasak atau pembekuan.

Masyarakat disarankan berhati-hati dan tidak mengambil risiko memakan ikan buntal terutama dari pembekal yang tidak diketahui.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×