Dapur

Petua Hilangkan Miang Sayur Keladi, Barulah Berani Nak Masak Sendiri!

61
SHARES
miang sayur keladi

Sajian seperti asam pedas batang keladi dan siput sedut masak lemak batang keladi memang sedap dimakan dengan nasi panas atau diratah begitu sahaja. Namun, tidak ramai orang yang berani masak sayur ini kerana ia terdapat miang sayur keladi.

Jika anda salah cara sewaktu membersihkan sayur keladi atau tidak memasak dengan betul lauk tersebut, ia boleh menimbulkan kegatalan. Kalau dah kena miang sayur keladi ini, hanya empunya diri sahaja yang tahu betapa terseksanya badan.

Baca juga: Tips Minum Air Ketika Bulan Ramadan & Cara Cukupkan 8 Gelas Sehari Lepas Waktu Berbuka!

MIANG SAYUR KELADI

miang sayur keladi

Justeru itu, mungkin anda boleh cuba petua di bawah dan belajar cara yang betul membersihkannya. Apabila dah praktis banyak kali barulah menjadi dan berani dah masak sendiri selepas ini. Tak mengidam lagi dah!

Malah, tak perlu lagi risau untuk beli di kedai kerana khuatir ia tidak dibersihkan dengan betul. Jom ikuti petua di bawah ini.

Petua nak masak sayur keladi tak jadi gatal senang sahaja. Petua ini aku dapat masa tahun pertama aku berniaga Nasi Ulam & Sayur Keladi Asam Pedas Utara.

Makcik di market bagi petua. Makcik tu memang selalu jual keladi di market. Petua dia ada di bawah.

PETUA HILANG GATAL SAYUR KELADI

BAHAN-BAHAN:

CARA PENYEDIAANNYA:

miang sayur keladi

1. Kena tarik buang kulit hijau yang ada dekat batang keladi tu. Walaupun peniaga keladi dah tarik dekat kita siap-siap. Tapi masa tengah basuh tu, tarik mana yang peniaga keladi tu terlepas pandang.

2. Basuh bersih dan toskan. Tonyoh-tonyoh sikit keladi tu masa basuh tau.

3. Masak air dan letak asam keping 3-4 keping serta masukkan garam kasar sedikit. Masak air tu sampai mendidih.

4. Masuk batang keladi. Masak sampai empuk atau lembut. Toskan. Buang air rebusan dia.

Siap. Confirm batang keladi anda tak akan gatal. 

Selepas itu, tadah air dan kisar bahan nak buat asam pedas. Rebus sampai ia naik mendidih dan masuk batang keladi yang dah siap ditoskan tadi.

Sumber: Facebook Kakak Jual Tujuh Laksa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×