Dapur

Tips Minum Air Ketika Bulan Ramadan & Cara Cukupkan 8 Gelas Sehari Lepas Waktu Berbuka!

55
SHARES
kesan kurang minum air

Antara kesan kurang minum air ketika berpuasa yang diketahui umum adalah mulut berbau kerana kekeringan pada mukosa dalam mulut akibat kekurangan air. Justeru itu, anda boleh mengikuti tips minum air masak ketika melakukan ibadah ini untuk memastikan ia mencukupi dalam tubuh badan.

Tips ini telah dikongsikan oleh Puan Leha Yusuf, malah terdapat juga cara bagaimana untuk mencukupkan 8 gelas sehari selepas waktu berbuka. Mari baca!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Diet Untuk Kenyang Lama Sewaktu Puasa, Terutama Bagi Ibu Yang Baru Habis Pantang!

KESAN KURANG MINUM AIR KETIKA BERPUASA

kesan kurang minum air

Ramadhan makin hampirkan. Biasanya, ramai hadapi masalah tak cukup minum air. Mari kita cuba tips untuk cukupkan minum air saat berpuasa nanti.

TIPS MINUM AIR KETIKA PUASA

1. MINUM DUA GELAS AIR KETIKA SAHUR

Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral.

2. MINUM WAKTU TIDUR

Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

3. AMBIL MAKANAN KANDUNGAN AIR YANG TINGGI

Kita juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

4. ELAK MINUM BANYAK KETIKA BERBUKA

Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi bila berpuasa, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.

5. BERBUKA DENGAN KURMA & DUA GELAS AIR

Buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa.

Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.

6. BAWA AIR KETIKA KELUAR MALAM

Setiap kali pergi terawih atau keluar mencari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.

CARA CUKUPKAN 8 GELAS SEHARI SELEPAS BERBUKA

kesan kurang minum air

  • 1 gelas selepas azan Maghrib.
  • 1 gelas selepas solat Maghrib.
  • 1 gelas selepas makan.
  • 1 gelas selepas solat Isyak.
  • 1 gelas selepas Tarawikh.
  • 1 gelas sebelum tidur.
  • 1 gelas selepas bangun sahur.
  • 1 gelas selepas makan sahur.

Senangkan nak pastikan kita cukup air sepanjang berpuasa. Memang kena konsisten nanti terbiasa, kena mulakan dari sekarang ya.

Tips simple dari saya.

Sumber: Facebook Leha Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×