Sihat

Akibat Minum Air Terlalu Banyak Sampai Kena Sawan? Ini Kesannya Anda Kena Tahu!

1
SHARES
akibat minum air

Meminum 8 gelas sehari yang bersamaan 2.7L – 3.7L, merupakan perkara acap kali diuarkan untuk keperluan air dalam badan. Namun, apa pula akan terjadi akibat minum air terlalu banyak melebihi had ditetapkan?

Melalui perkongsian dari Doktor Faiz Mashood, terdapat satu kes yang pernah dilaluinya di mana, pesakitnya terkena sawan kerana minum air kosong 5-6L sehari selama beberapa bulan. Sawan itu berlaku disebabkan bacaan garam dalam darah terlalu rendah. Jom teruskan pembacaan anda untuk tahu lebih lanjut!

Baca juga: Muka Sampai Kebiruan Akibat Batuk Ini & Betul Ke Boleh Bawa Maut? Doktor Jelaskan Wabak Batuk Kokol!

AKIBAT MINUM AIR TERLALU BANYAK

akibat minum air

Berapa banyak air digalakkan minum dalam sehari? Menurut kajian, air diperlukan badan adalah 2.7 – 3.7L per day atau 8 gelas sehari. Saya nak kongsi kes yang pernah saya jumpa, seorang makcik terkena sawan akibat minum terlalu banyak air.

Jabatan kecemasan call refer kes, pesakit sawan sebab bacaan garam (sodium) dalam darah terlalu rendah. Further history, rupanya makcik minum air kosong sampai 5-6L sehari selama beberapa bulan.

KONDISI ini adalah: PSYCHOGENIC POLYDIPSIA (PPD)

APA ITU PSYCHOGENIC POLYDIPSIA (PPD)

PPD terjadi apabila minum air berlebihan sehingga menyebabkan kerap kencing (polyuria) > 3L per day dan akhirnya menyebabkan garam (sodium) dalam darah rendah.

Sodium yang terlalu rendah boleh menyebabkan:

  • Mual/muntah
  • Letih
  • Sakit kepala
  • Keliru(confusion)
  • Sawan
  • Koma

PPD biasa nya terjadi dalam golongan yang mempunyai masalah psikiatri:

  1. OCD
  2. Anxiety
  3. Depression
  4. Bipolar disorder
  5. Schizophrenia

Dalam kes saya, makcik menghidapi depression akibat kematian keluarga dekat beberapa bulan sebelum insiden terjadi.

DIAGNOSIS & RAWATAN:

Diagnosis:

  • CTBrain (exclude other cause)
  • Renal profile and electrolytes
  • Serum osmol, Urine osmol, Urine Na
  • TFT, AM cortisol

Treatment:

  • Water restriction
  • Hypertonic saline (3% saline) if indicated
  • Avoid overcorrection of sodium
  • Treat underlying cause of PPD

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT,

  1. Minum air secukupnya setiap hari.
  2. Dalam aspek diet, terlalu berlebihan / terlalu kurang akan bawa mudarat.
  3. Bersederhana adalah yang terbaik

ANGGARAN MINUM HAD AIR MENGIKUT BERAT BADAN

Manakala di ruangan komen pula, beliau membalas soalan netizen yang bertanyakan meminum 8 gelas sehari adakah ia sesuai untuk semua berat badan.

8 gelas sehari anggaran. Ideal adalah mengikut berat. Ini infografik dari KKM.

akibat minum air

Sumber: Twitter Faiz Mashood

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×