Sihat

Ada 6 Jenis Kemurungan Anda Perlu Tahu, Bukan Hanya Bipolar Disorder Sahaja

27
SHARES
jenis depression

Kemurungan atau ‘depression’ ialah sejenis penyakit mental yang dikategorikan sebagai perasaan sedih yang teramat sangat. Dalam istilah perubatan, ia dikenali sebagai ‘depressive disorder’ atau kemurungan klinikal. Terdapat pelbagai jenis depression yang wujud dan anda perlu tahu.

Salah satunya adalah Bipolar Disorder yang disyaki ada pada pelakon Hafidz Roshdi, melalui perkongsian dari Doktor Samhan di laman sosialnya. Justeru itu, mari ikuti penjelasan lanjut beliau di bawah.

Baca juga: “Selamat Tinggal Dengkur~” Ketahui Puncanya & Tips Atasi Masalah Ini Daripada Pakar ENT!

6 JENIS KEMURUNGAN SEKSA EMOSI DAN FIZIKAL!

jenis depression

“Jauh sangat dengan Tuhan, sebab itu banyak masalah.”

Jangan katakan ini pada orang depresi. Bagi kata-kata yang positif dan sokongan serta doa pada mereka. Jangan pandang rendah pada kesihatan mental manusia, ia juga mampu meragut nyawa!

Tahukah anda bahawa terdapat banyak jenis-jenis kemurungan yang wujud Antaranya Bipolar Disorder yang disyaki ada pada Hafidz Roshdi.

JENIS DEPRESSION

jenis depression

Jenis jenis kemurungan yang anda perlu kenal pasti ialah:

1. GANGGUAN DEPRESI UTAMA (MAJOR DEPRESSIVE DISORDER)

  • Juga dikenali sebagai kemurungan klinikal.
  • Boleh menjejaskan emosi, kelakuan dan juga fungsi fizikal kehidupan anda seperti selera makan dan kualiti tidur.
  • Hilang minat dalam aktiviti yang pernah mereka gemari,
  • Merasa hidup tidak lagi bermakna.

2. GANGGUAN DEPRESI BERTERUSAN (PERSISTENT DEPRESSIVE DISORDER)

  • Gangguan kemurungan berterusan atau juga disebut sebagai dysthymia, adalah kemurungan tahap rendah yang kronik.
  • Tahap keterukannya adalah lebih rendah berbanding daripada kemurungan utama (depression).
  • Punya perasaan kesedihan yang mendalam, rasa putus asa yang berterusan
  • Kekurangan tenaga dan ketidakpastian dalam membuat keputusan.

3. GANGGUAN BIPOLAR (BIPOLAR DISORDER)

jenis depression

  • Gangguan ini melibatkan kewujudan episod mood atau emosi yang bertenaga. Kadangkala, ia diikuti dengan episod-episod kemurungan.
  • Keadaan di mana seseorang mengalami perubahan mood melampau sama ada sedih (kemurungan) atau gembira (mania).

PUNCA-PUNCANYA:

  1. Keturunan.
  2. Tekanan hidup.
  3. Ambil dadah/ubat/alkohol.

Tanda fasa sedih: Rasa nak bunuh diri, sedih melampau, letih.

Tanda fasa mania: Terlalu gembira, mudah rasa marah, banyak cakap.

4. KEMURUNGAN BERMUSIM (SEASONAL DEPRESSION)

  • Dikenali juga sebagai gangguan afektif bermusim.
  • Mood anda akan terjejas dengan perubahan bermusim.
  • Biasanya dicetuskan melalui permulaan musim luruh dan berterusan sepanjang musim sejuk (jarang berlaku pada musim panas & bunga).

5. KEMURUNGAN SELEPAS BERSALIN (POSTPARTUM DEPRESSION)

jenis depression

Sebenarnya 80% ibu baharu akan mengalami “baby blues”. Simptom yang berlaku termasuklah perubahan emosi, kesedihan dan keletihan. Ia akan hilang dalam tempoh seminggu atau dua minggu. Namun..

Jika simptom ini berlaku lebih daripada beberapa minggu dan keparahannya meningkat naik, ia mungkin tanda berlakunya kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression.

SIMPTOM LAIN:

  • Sindrom penarikan diri.
  • Kurang selera makan.
  • Pemikiran yang negatif.

6. KEMURUNGAN PSIKOTIK (PSYCHOTIC DEPRESSION)

  • Kemurungan utama atau gangguan bipolar diikuti dengan keadaan halusinasi, khayalan/paranoia disebut sebagai gangguan kemurungan utama dengan ciri-ciri psikotik.
  • Dianggap sebagai kecemasan psikiatri dan memerlukan kemasukan ke wad psikiatri.

Sumber: Twitter Doktor Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×