Sihat

“Selamat Tinggal Dengkur~” Ketahui Puncanya & Tips Atasi Masalah Ini Daripada Pakar ENT!

41
SHARES
berdengkur

Berdengkur yang teruk boleh menghasilkan ‘pencemaran bunyi’, selain mengganggu orang lain yang berada di sekeliling. Malah, bunyi dengkuran juga boleh menjadi penyebab anda rasa rendah diri dan malu.

Justeru itu, bagi mengetahui dengan lebih terperinci mengenai punca dan tips mengatasi isu berdengkur ini, ikuti perkongsian dari Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, Doktor Ezairy M.Sallih di bawah.

Baca juga: ‘Overdose’ Ubat Kurus Buat Organ Dalaman Rosak, Lebih Teruk Kesannya Dari Nak Cepat Kurus!

SELAMAT TINGGAL DENGKUR~

berdengkur

Gambar hiasan: Google.

Ramai yang bertanya saya, “Macam mana nak selesaikan masalah tidur berdengkur ni?”

Masalah ini selalunya ditanyakan kepada saya daripada kalangan wanita. Isteri mengadu suami tidur berdengkur (sebenarnya lelaki pun alami masalah sama, cuma mereka ini selalunya jarang mengadu).

PUNCA BERDENGKUR

Saya senaraikan beberapa punca yang biasa menyebabkan masalah ini.

berdengkur

Gambar hiasan: Google.

1. MASALAH ANATOMI DALAM MULUT

Pertama, masalah anatomi di dalam mulut pesakit. Sempit. Ia boleh jadi disebabkan oleh saiz tonsil yang besar, uvula atau anak tekak yang panjang, adenoid yang besar dan lain-lain.

2. MASALAH BERAT BADAN

Kedua, masalah berat badan. Ini juga common berlaku kepada mereka yang ada masalah berdengkur.

Apabila berat anda berlebihan, lemak-lemak yang berkumpul tu akan menyebabkan lebih sempit ruang atas nafas, tidur pun akan jadi berdengkur.

3. PENAT

berdengkur

Gambar hiasan: Google.

Nombor tiga ialah penat. Letih. Maknanya apabila anda alami keletihan akibat kerja sepanjang hari, otot-otot dan struktur di dalam mulut dan rongga atas pernafasan akan jadi lebih ‘lax’. Lax macam lembiklah bahasa mudahnya.

Jadi, apabila anda tidur, bunyi berdengkur akan lebih ketara.

4. FAKTOR UMUR

Nombor empat ialah faktor umur. Lebih berusia anda, maka lebih mudah untuk anda alami tidur berdengkur. Sebab itu jugalah ramai kaum wanita ini mengadu, “dulu suami saya tidur tak berdengkur, tapi sekarang ni dah berdengkur..”

Ha, semua yang muda akan tua. Yang tegang pun lama-lama jadi kedut. Macam tu jugalah seiring dengan faktor peningkatan usia.

Oleh itu, tip dari saya amalkanlah gaya hidup yang sihat, rajin bersenam dan jaga berat badan. Semua ini tidak boleh menyembuhkan masalah ini seratus peratus, tetapi ia boleh membantu mengawal masalah ini.

8 TIP ATASI BERDENGKUR YANG MESTI ANDA TAHU

Adakah suami, isteri atau anak anda mengalami dengkuran yang teruk? Saya beri 8 langkah sihat yang mudah untuk atasi masalah berdengkur.

berdengkur

Gambar hiasan: Google.

1. BERAT BADAN & SENAMAN

Berlebihan berat badan akan meningkatkan risiko lemak yang boleh menolak pada tekak dan memburukkan lagi masalah berdengkur. Memulakan program penurunan berat badan dan senaman dapat mengurangkan dengkuran dalam banyak individu.

2. TUKAR POSISI

Tidur di sebelah sisi boleh menghalang lidah daripada jatuh ke belakang dan menyekat tekak semasa tidur. Bantal boleh digunakan untuk mengelakkan anda berguling kembali ke belakang semasa tidur. Boleh cuba di rumah.

3. HADKAN ALKOHOL

Minum alkohol akan melegakan otot-otot pada saluran pernafasan lebih daripada biasa. Ini menyebabkan saluran pernafasan ‘collapse’ dengan lebih lagi dan memburukkan masalah berdengkur.

Hadkan penggunaan alkohol untuk penurunan berat badan.

4. BERHENTI MEROKOK

berdengkur

Gambar hiasan: Google.

Merokok menyebabkan kesesakan nafas dan hidung yang membawa kepada masalah berdengkur yang lebih teruk. Berhenti merokok boleh membantu untuk mengurangkan berdengkur dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.

5. UBAT-UBATAN

Ubat-ubatan tertentu boleh memberi kesan kepada masalah berdengkur. Bercakap dengan doktor anda sebelum membuat apa-apa perubahan pada ubat kerana mereka akan memberikan ubat yang sesuai dengan anda.

6. MENGATASI MASALAH HIDUNG

Jika anda mengalami masalah hidung seperti resdung, polip dan sebagainya, dapatkan rawatan yang sewajarnya. Nasihat dan pemeriksaan doktor adalah lebih baik.

7. KENAL PASTI ALAHAN

Masalah hidung yang disebabkan oleh alahan adalah punca biasa yang dialami oleh mereka berdengkur. Ujian untuk alahan boleh membantu anda untuk mengenal pasti dan mengurangkan alergen yang berpotensi dalam persekitaran tidur anda.

Ia seperti tempat tidur, debu, bulu haiwan peliharaan, dan sebagainya. Seterusnya, dapat mengurangkan dengkuran.

8. PEMBEDAHAN & CPAP MACHIN

Jika tiada kaedah standard yang disebutkan di atas berjaya mengurangkan dengkuran anda, maka rujuklah ke klinik telinga, hidung dan tekak mengenai masalah anda.

Kemungkinan pembedahan atau penggunaan CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) machine boleh dianggap sebagai jalan terakhir.

Dr Ezairy M.Sallih, Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak.

Sumber: Facebook Dr Ezairy M.Sallih

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×