Sihat

Ikuti 10 Petua Berkesan Hilangkan Dengkur, Baru Lah Pasangan Tak Keluar Bilik!

11
SHARES
petua menghilangkan dengkur

Kandungan informatif pada kali ini adalah berkenaan petua menghilangkan dengkur bagi individu yang menghadapinya, disebabkan masalah-masalah ringan. Terdapat 10 cara atau petua menghilangkan dengkur yang berkesan untuk dicuba seperti disiarkan laman Jiwa Sihat.

Baca juga: Ini 3 Punca Suami Lambat Pancut Sampai Isteri Penat Menunggu, Penyakit Ini Ramai Tak Tahu!

PETUA MENGHILANGKAN DENGKUR

Sebelum itu, pembaca perlu tahu terdapat isu berdengkur yang serius seperti apnea tidur obstruktif. Di mana, individu yang berada dalam situasi ini memerlukan rawatan perubatan daripada pakar untuk pemeriksaan lanjut. Jangan segan untuk pergi berjumpa doktor ya!

Bagi individu yang menghadapi isu dengkur yang ringan, anda mungkin boleh mencuba beberapa petua untuk merawatnya seperti berikut:

Baca juga: Dr. Pesan Cakap Pada Barber Jangan Buat ‘Kruk Kruk’ Di Leher, Bahaya!

1. Minum susu campuran kacang badam

Minum susu campuran badam ini beberapa minit sebelum masuk tidur. Cara-caranya:

  1. Anda perlu menumbuk lumat 7 biji kacang badam.
  2. Campurkan ke dalam segelas susu panas.

2. Guna nasal dilator atau nasal strips di batang hidup

Pengembang hidung (nasal dilator) atau jalur hidup (nasal strips) adalah sejenis jalur pelekat yang digunakan secara luaran di bahagian batang hidung. Ia untuk membantu meningkatkan laluan udara bagi memudahkan pernafasan.

Walau bagaimanapun, alat ini tidak berkesan untuk individu yang mengalami apnea tidur obstruktif.

3. Merawat halangan pada hidung

Terdapat orang mengalami kecederaan yang menyebabkan septum hidung bengkok (tulang hidung bengkok). Di mana, tulang hidung bengkok boleh menyebabkan laluan udara terhalang dan memaksa pernafasan menggunakan mulut.

Secara tak langsung, ia menyebabkan dengkur.

4. Berhenti merokok

Masalah dengkur boleh diatasi atau dikurangkan dengan menjalani gaya hidup sihat seperti berhenti merokok.

5. Tidur yang mencukupi

Bagi mendapatkan tidur yang berkualiti, anda perlu memperoleh tempoh tidur yang cukup dalam sehari.

  • Remaja = 8 jam hingga 10 jam sehari
  • Dewasa = sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam

Baca juga: Tak Tahu Pula Rendam Dalam Air Rebusan POKOK SEMALU, Boleh Rawat Ruam & Kurap Air!

6. Rawat alahan yang dialami

petua menghilangkan dengkur

Gambar: lookstudio

Individu yang mempunyai alahan yang kronik boleh menyebabkan udara kurang melalui bahagian hidung dan memaksa diri bernafas melalui mulut. Keadaan kesihatan ini boleh meningkatkan kebarangkalian untuk berdengkur.

7. Tinggikan bantal semasa tidur

Tinggikan sedikit bantal semasa tidur kira-kira 4 inci. Ia boleh membantu mengurangkan dengkur dan membuka laluan udara.

8. Berhenti atau terhadkan pengambilan alkohol

Alkohol boleh menyebabkan otot-otot kerongkong menjadi kendur dan menyebabkan dengkur. Oleh itu, berhenti atau hadkan pengambilan alkohol sebelum tidur dapat menyelesaikan masalah berdengkur.

9. Menurunkan berat badan yang berlebihan

Usaha untuk menurunkan berat badan yang berlebihan boleh mengurangkan tisu-tisu di belakang kerongkong yang menyebabkan dengkur. Anda boleh melakukan diet rendah kalori atau diet rendah karbohidrat untuk mengurangkan berat badan berlebihan.

10. Tidur mengiring

Tidur secara mengiring boleh menghentikan dengkur. Menariknya, mengiring sebelah kanan badan adalah amalan sunnah semasa tidur.

Manakala, tidur secara terlentang boleh menyebabkan lidah anda bergerak ke belakang kerongkong. Ini boleh menyebabkan saluran pernafasan terhalan dan berdengkur.

Kesimpulan

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan tidur seseorang itu berdengkur. Semoga cara dan petua di atas dapat membantu anda mengatasi masalah tidur berdengkur dan mendapatkan tidur yang berkualiti.

Sekiranya isu berdengkur anda adalah hal yang serius sehingga mengganggu kesihatan diri mahupun keamanan orang sekeliling, dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor yang bertauliah.

Baca juga: Wanita Mudah & Cepat Rasa ‘Ghairah’ Bila Haid Nak Datang, Ini 5 Sebabnya!

Sumber: JiwaSihat

FT Image: wavebreakmedia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×