Batuk anak masih tak pulih? Mama jangan risau! Hal ini kerana, penulis ingin kongsikan 11 petua hilangkan batuk anak yang boleh digunakan sebagai rawatan alternatif untuk dicuba.
Walaupun begitu, jangan lupa dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk seperti alahan anak dan sebagainya. Justeru itu, jom lihat senarai petua hilangkan batuk anak di bawah.
Baca juga: Cara Nak Hentikan Bayi Dari Menangis, Doktor Ajar Buat Pergerakan Ini
PETUA HILANGKAN BATUK ANAK
1. Limau nipis dengan kicap
- Perahkan sebiji limau nipis ke dalam sesudu kicap
- Minum campuran tersebut
- Boleh ulangi sekerap mungkin
2. Daun kaduk
- Ramas daun kaduk dengan kapur dan sedikit air
- Sapu di dada dan belakang anak
3. Kunyit hidup
- Tumbuk kunyit hidup
- Sapukan kunyit tersebut di atas batang hidung dan dahi anak
Kunyit yang bersifat panas dapat mengeringkan hingus
4. Mandian air suam
- Mama boleh duduk bersama anak di dalam bilik air selama lebih kurang 20 minit dan biarkan anak bermain air
Mandian air suam ini boleh mencegah kekeringan pada saluran pernafasan dan dapat melegakan batuk
5. Kumur air garam
- Campurkan 1 atau 2 sudu teh garam ke dalam air suam
- Kemudian minta anak berkumur menggunakan air garam tersebut
Ianya dipercayai dapat meredakan kerengsaan pada tekak yang sering disertai batuk. Petua ini hanya sesuai untuk anak yang lebih tua dan sudah mahir berkumur.
Baca juga: Jangan Paksa Bila Anak Tak Suka Makan, Mama Kena Buat 4 Perkara INI Rangsang Sensorinya!
6. Minyak bawang putih (usia anak 1 tahun)

Gambar: Istock/mescioglu
- Bakar beberapa ulas bawang putih
- Kemudian tumbuk atau lenyek bawang putih tersebut
- Campurkan dengan minyak telon atau minyak masak yang masih belum digunakan
- Sapulah di bahagian dada anak untuk melegakan pernafasan
7. Wap bawang putih dan minyak zaitun
- Bakar dan tumbuk bawang putih
- Masukkan bawang putih tersebut ke dalam mangkuk air panas dan sedikit minyak zaitun
- Halakan muka anak ke arah mangkuk tadi dengan menutup kepala anak menggunakan napkin nipis supaya wap tadi akan naik dan masuk ke dalam rongga hidung anak.
- Ketika proses wap, lakukan tepuk percussion kerana ia akan melancarkan pernafasan
8. Minum susu suam
- Campurkan secubit serbuk kunyit dengan susu suam lalu diminum
Tujuannya adalah untuk memberikan kelegaan kepada sakit tekak anak.
9. Bawang putih dan stokin
- Bakar bawang putih dan kemudian ditumbuk.
- Letakkannya di dalam stokin untuk dipakaikan kepada anak.
10. Campuran lemon, halia dan madu (usia anak 2 tahun atas)
- Hiris atau tumbuk kasar halia
- Masukkan perahan lemon bersama halia tadi di dalam cawan
- Biarkan semalaman di dalam peti ais sebelum boleh diminum
Tips ini hanya boleh diberikan kepada kepada anak-anak yang berumur 2 tahun ke atas sahaja.
11. Bawang putih dan madu
- Ambil 3 atau 4 ulas bawang putih
- Kemudian kupas dan cincang halus
- Campurkan dengan secawan madu
- Simpan dan biarkan selama 3 jam sebelum dimakan
Ia dapat melegakan saluran pernafasan dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.
Baca juga: Berapa Lama Bayi Perlu Bermain Setiap Hari? Mama Papa Ini Jawapannya!
Sumber: Motherhood
FT Image: halodoc / lenggeng / theasianparent