Asuh

Rupanya 13 Jenis Makanan Ini Tak Sesuai Beri Anak Makan Ketika Sakit

8
SHARES

Ketika anak sakit banyak perkara yang perlu diberikan tumpuan rapi termasuklah dari aspek pemakanan. Melalui perkongsian ilmu pemakanan dari Puan Mazliana Mazlan, terdapat 13 jenis makanan yang tidak sesuai untuk diberikan kepada anak-anak ketika mereka sakit.

Menurutnya, sakit seperti demam, batuk dan selsema akan mengambil masa untuk pulih dan makanan-makanan tersebut akan menambah keradangan dalam badan anak. Ia seterusnya, mengakibatkan tempoh untuk sembuh menjadi lambat.

Baca juga: Rupanya Ini 6 Nutrisi Penting Yang Diperlukan Anak Untuk Kesihatan Usus

MENYEBABKAN PROSES PENYEMBUHAN JADI LAMBAT

Gambar hiasan: Google.

13 jenis makanan yang tak sesuai untuk anak waktu sakit.

Demam, batuk, selsema, akan ambil masa nak baik. Makanan ini semua akan tambahkan radang dalam badan anak, buatkan anak lambat nak sembuh.

Ibu ayah kena lebih hati-hati dengan makan minum bila anak tak sihat, supaya proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat, insyaAllah.

Kita cuba sedaya mampu, elakkan dari anak-anak dan keluarga, terutama waktu mereka sakit. Sama-sama kita cuba ya, sediakan pilihan bahan makanan yang baik di rumah buat anak-anak.

1. ROTI DAN BISKUT

Terutama yang pasaran, banyak sangat bahan yang digunakan untuk sediakan sebuku roti dan sepakat biskut. Kalau buat sendiri, cuba guna pilihan bahan yang baik.

Gambar: Anak tak sihat, taknak makan, tapi elakkan bagi roti dan biskut ya. Kahak makin banyak nanti.

2. ANEKA SOS DAN SALAD DRESSING

Mayonis, sos tomato dan sebagainya. Jenis makanan yang ini, ada pengawet untuk kekal lama dua tiga tahun di rak pasaraya.

Gambar: Sos tiram elakkan guna untuk buat sayur.

3. GULA & GULA TERSEMBUNYI

Yang ini baja kepada semua penyakit kan. Gula tersembunyi tak ditulis nama gula, tapi diganti dengan nama lain contohnya fruktosa, gluckosa, sirap jagung dan sebagainya.

Gambar: Yang ini pun, elakkan ya. Anak cirit birit kita cari air kelapa k.

4. MAKANAN DALAM TIN

Apa saja bahan makanan dalam tin, elakkan sepenuhnya.

Sardin, tuna, kari ayam. Kalau takde pengawet sekali pun, sebab terperap lama dalam tin aluminium, dari situ akan datang kesan buruk pada badan anak.

5. SUSU

Makanan yang boleh timbulkan radang. Terutama susu berperisa seperti coklat, strawberi, pisang yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan.

Gambar: Susu antara makanan yang boleh banyakkan kahak. Anak 2 tahun ke atas, dah tak perlukan susu, banyakkan real food.

6. DAGING PROSES

Sosej, nugget, burger, meatball dan seangkatan dengannya. Makanan bukan dari daging sebenar, dan pengawet nitrit digunakan.

Gambar: Tak boleh ada di rumah makanan macam ni.

7. CEREAL

Banyak bersumberkan dari bahan GMO. Pengawet dan pewarna tiruan tidak ketinggalan.

Gambar: Cereal bukan pengganti nasi lemak untuk breakfast masa anak tak sihat. Rebus telur, dah sangat sihat.

8. CANDY BAR, COKLAT, AISKRIM

Tinggi sangat kandungan gula dan pewarna tiruan untuk anak-anak kita.

Gambar: Coklat semua anak suka, waktu tak sihat, anak tak boleh ambil ya.

9. JUS BUAH DALAM KOTAK

Tak ada satu jenis jus buah pun yang kita buat di rumah, tahan lebih dari 3 hari kan. Sangat tinggi dengan kandungan gula.

10. CREAMER

Segala yang namanya 3 in 1, siap minum segera. elakkan dari anak-anak walaupun mudah sangat kita nak buat.

Gambar: Air express tambah air panas je, tapi tak elok untuk anak minum selalu terutama waktu tak sihat.

11. MARJERIN & MINYAK SAYURAN

Cari pure butter dan elakkan marjerin yang ada kandungan transfat. Elakkan minyak jagung, soya, matahari.

Guna apa yang banyak di negara kita, minyak kelapa sawit dan minyak kelapa antara pilihan yang baik.

12. PEMANIS TIRUAN

Sucralose, aspartame, maltodextrin. Walaupun orang kata ianya pemanis yang sesuai untuk pesakit kencing manis, tapi belek dulu bahan ramuan yang digunakan, mungkin ada pemanis tiruan macam ni.

Gambar: Aiskrim tinggi gula dan pewarna tiruan, bukan untuk anak-anak waktu tak sihat.

13. MEE SEGERA

Bila buka saja plastik perencah, dau bau harum semerbak satu rumah kan. Tinggi MSG dan perasa tiruan yang buatkan baunya menusuk ke hidung hingga aktifkan deria rasa kita.

Gambar: Yang ini, sihat atau tak sihat, sebaiknya elakkan terus.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×