Melalui perkongsian ilmu kesihatan pemakanan dari Puan Mazliana Mazlan, penyakit banyak berpunca dari usus yang tak dijaga dengan baik, sekiranya pemakanan anak-anak tidak diberikan perhatian tinggi sebaiknya.
Justeru itu, amat penting untuk memastikan makanan si kecil mengandungi enam nutrisi ini setiap hari demi kesihatan usus yang lebih baik selain, memulihkan ia sekiranya bermasalah. Jom lihat enam nutrisi penting untuk kesihatan usus di bawah!
KESIHATAN USUS PENTING SEBAGAI ‘OTAK’ KEDUA MANUSIA
Anak-anak perlukan usus yang sihat untuk kuatkan imuniti badan. Usus otak kedua kan.
Penyakit banyak berpunca dari usus yang tak dijaga dengan baik. Makanan anak-anak, antara yang kita perlu kita ambil perhatian sebaiknya.
6 NUTRISI PENTING DEMI KESIHATAN USUS SI ANAK
Enam nutrisi penting, untuk kesihatan usus anak. Perlu anak-anak ambil, untuk pulihkan usus.
Pastikan anak dapat enam nutrisi penting macam ini setiap hari untuk kesihatan usus yang lebih baik. Untuk kita pulihkan usus anak yang bermasalah.
1. IRON
Penting untuk tambahkan bilangan bakteris baik di usus anak.
2. SELENIUM
Bantu untuk kurangkan inflamasi di usus anak.
3. VITAMIN D
Tingkatkan kualiti sistem imun di usus anak.
4. MAGNESIUM
Mudahkan penghadaman, penting untuk usus anak sihat.
5. VITAMIN C
Antioksida yang menjaga lapisan usus dari keradangan.
6. ZINK
Bantu hasilkan enzim penghadaman yang lebih baik.
Nak pulihkan usus, inilah jawapan dia. Bukan anak-anak je, kita pun boleh buat sama. Tersilap makan sikit, kembung perut. Tersalah makan sikit, naik gatal-gatal.
Kita cuba ya, ramai sebenarnya yang ada masalah dengan usus kan.
Sumber: Facebook Mazliana Mazlan